Picture

Picture
Mohamad Rizal Zainal
Showing posts with label Sports. Show all posts
Showing posts with label Sports. Show all posts

Saturday, January 29, 2011

SELANGOR TEWAS, MANCESTER UNITED MENANG, JEPUN JUARA

Salam kepada semua blogger..

erm cerita sport lagi lah. tak tau nak cerita apa le. erm aku nak cerita pasal Perlawanan Bola Sepak yang berlansung malam tadi. Ada empat Kejohanan yang berlansung malam tadi iaitu Final Piala Sumbangsih antara Selangor vs Kelantan, Liga Super Malaysia (MSL), Final Piala Asia Jepun vs Australia dan Pusinagan Ke-4 Piala FA English.

Mula2 aku nak cerita dulu pasal Final Piala Sumbangsih atau dikenali juga Piala Sultan Haji Ahmad Shah antara Selangor vs Kelantan yang berlansung di Stadium Shah Alam.



Keputusannya, Selangor 0 - Kelantan 2. So Selangor malam tadi malu besar kerana kalah di hadapan penyokong sendiri disamping gagal mempertahankan piala ini untuk kali ke-3 berturut2. Selangor yang juga Juara Bertahan layak ke Piala Sumbangsih ini atas Tiket Juara Liga Super menerima kunjungan Juara Piala Malaysia, Kelantan. Kedua2 pasukan memiliki beberapa orang pemain Kebangsaan yang menjulang Skuad Malaysia Menjuari Piala Suzuki AFF baru2 ini. Oleh itu perlawanan malam tadi merupakan perlawanan tumpuan untuk Pembuka Tirai Liga Malaysia pada Tahun 2011 keranan perlawanan tersebut pastinya sengit dan bakal menghiburkan. Namun ternyata jangkaan aku meleset kerana kedua2 pasukan menampilkan corak permainan yang agak membosankan. Tah lah bilalah kualiti permainan bola sepak Malaysia nak meningkat. Namun apapun Tahniah untuk Pasukan Kelantan kerana mencipta sejarah Menjuaria Piala sunmbangsih untuk kali Pertama.Dah malas nak cerita nak tau cerita lbih baca Kosmo ari ni. Nak baca link kat sini KOSMO

Untuk keputusan Liga Super klik link ini pulak LIGA SUPER

Cerita apasal Final Piala Asia pula, Tahniah untuk Jepun kerana menang keatas Australia (1-0) malam tadi. Ternyata kualiti permainan yang ditujukkan amat berkualiti. Nmaun gol yang terhasil hanya berlaku pada minit ke 109 (masa tambahan).
Jaringan Jepun dihasilkan oleh Tadanari Lee tersebut sudah cukup untuk membawa Samurai Blue menjulang Piala Asia dan mengukuhkan Pasukan Jepus selaku Pasuakan Terbaik Asia.



Korea Selatan pula menduduki tempat Ke-3 setelah menewaskan Uzbekistan (3-2) dalam perlawanan yang cukup dramatik. Tiga gol awal Korea sudah cukup membawa pasuakan mereka menduduki tempat Ke-3 Asia, meskipun Uzbekistan berjaya mendapatkan 2 gol lewat untuk pasukan mereka.
Untuk berita lanjut klik link ini PIALA ASIA

Cerita pasal Pusingan Ke-4 Piala FA English pula, Mancester United bangkit setelah ketinggalan 0-1 pada separuh masa pertama ketika bertandang ke Southampton untuk menang 2-1 bagi melayakkan Mancester United mara ke pusingan seterusnya. Jaringan Michael Owen dan Javier Hernandez cukup untuk membuatkan The Red Devils mara. Skrip malam tadi sama seperti perlawanan EPL Rabu lalu ketika Mancester United ketinggalan 0-2 kepada Blackpool dan bangkit 3 gol pada separuh masa Ke-2 untuk kemenangan mutlak Mancester United ke atas Blackpool 3-2 pada hari Rabu lepas.



Untuk keputusan penuh perlawanan pusingan Ke-4 Piala FA kilk link ini Round 4 FA

Sumber dari Kosmo dan ESPN

Saturday, January 22, 2011

Barclays Premier League (EPL) Sat, Jan 22, 2011

Salam kepada semua blogger,



Hari ni aku xtau nak ceriata apa..2 yang aku nak tulis keputusan Perlawanan EPL malam tadi. Ternyata Manchester United masih mengekalkan kedudukan sebagai Pasukan yang menerajui EPL dan masih mengekalkan rekod tanpa kalahnya musim ini setelah membelasah Birmingham 5 - 0 di old Traford malam tadi. Jaringan hatrik Dimitar Berbatov (1,30,53) dan 2 lagi jaringan memerusi yang Ryan Giggs (45+2) dan Nani(76) melengkapkan malam Gemilang bagi Skuad Sir Alex Ferguson.

Erm malas nak cerita panjang2, kalau nak tau gi ke link ni in2 keputusan bagi perlawana EPL malam tadi.

Wolverhampton Wanderers 0 - 3 Liverpool

Arsenal 3 - 0 Wigan Athletic

Blackpool 1 - 2 Sunderland

Everton 2 - 2 West Ham United

Fulham 2 - 0 Stoke City

Manchester United 5 - 0 Birmingham

Newcastle United 1 - 1 Tottenham Hotspur

Aston Villa 1 - 0 Manchester City

Friday, January 21, 2011

MALAYSIA KE PIALA DUNIA 2030..






Salam kepada semua bolgger,

Malaysia Ke Piala Dunia 2030, betul ke..Macam tak percaya je..Tapi itu tak mustahil dan mampu direlisasikan sekiranya Hak Tuan Rumah Piala Dunia 2030 menjadi milik Negara Asean. Namun begitu, semua Negara Asean pastinya mahu menjadi wakil Pasaukan Tuan Rumah. Sekiranya ia menjadi kenyataan maka Kesemua Negara Asean (11 Negara) akan menyertai Piala Dunia 2030 yang hanya boleh disertai oleh 32 Buah Negara sahaja.

Oleh itu, ianya tidak adil bagi Negara2 lain Kerana Negara Asia akan diwakili oleh 14 Pasuakn dan baki 18 slot lagi di isi oleh Negara2 lain. Maka dengan itu pastinya hanya 1 Negara Asean sahaja yang layak mewakili Negara Tuan Rumah 2030. Bagi memilih Negara yang akan mewakili Asean sebagai wakil Tuan Rumah Piala Dunia 2030, Kejohanan Piala Suzuki AFF akan menjadi penentunya. Ini kerana Juara Piala Suzuki AFF 2029 akan secara automatik menjadi wakil Negara Asean. Adilkan, maka semua Negara Asean perlulah menyediakan Skuad Bola Sepak mereka yang paling kuat menjelang Kejohanan Piala Suzuki AFF 2029. Namun realitinya hanya adakan terlaksana sekiranya Bidaan Piala Dunia 2030 menjadi milik Negara Asean.

Jadi tidak mustahil bagi Negara Kita Malaysia mampu bertanding Pada Piala Dunia 2030 di Bumi Asean dan mungkin juga di Malaysia sendiri. Oleh itu, aku harap FAM dapat mempertimbangkan pujukan Negara2 Asean lain bagi Menyokong Bidaan untuk Piala Dunia 2030 di Bumi Asean. Mana lah tau, ianya menjadi Kenyataan. Malah kalau ada rezeki, Pasukan Malaysia juga boleh beraksi kelak sekiranya mendapat tiket automatik selaku Juara Piala Suzuki AFF 2029 kelak.. Segalanya mungkin bagi kita, sekiranya kita berusaha gigih dan memantapkan pembangunan Sukan Bola Sepak Kebangsaan. Kita Mampu Merintis Kemungkinan, inilah peluang Kita untuk beraksi Di Pentas Akhir Piala Dunia. Jangan sia2kan rezeki yang berada di depan mata. Kerana aku yakin kita mampu lakukannya. Kita Boleh, Malaysia Boleh..

LoveMalaysia, Tanah Tumpah Darah KU..

Salam...

(P/S: Kalau lah impian di atas menjadi realiti, aku rasa setiapn kali perlawanan yang melibatkan Malaysia, Pasti Ada CUTI UMUM. MENANG PIALA SUZUKI AFF 2010, DAPAT CUTI 1 HARI, KALAU MENANG PIALA DUNIA, DAPAT CUTI 7 HARI, DOA SELAMAT, 7 HARI 7 MALAM, DAPAT DUIT HADIAH 7 JUTA, DAN BERARAK TUNJUK PIALA 7 BULAN. KORANG JANGAN GELAK.. Segalanya Mungkin Jika Kita Berusaha)

OPSS!!! HARIMAU MALAYA TERSUNGKUR DI RAJAMANGALA



Salam kepada blogger,

Erm dari tajuk korang dah tau aku nak cerita apa kali ini. Cerita pasal pasukan kebangsaan yang lebih dikenalai Harimau Malaya telah kecundang 1-2 ditangan Pasukan Olimpik Thailand. OPPSS, lupa pulak bukan Pasukan Kebangsaan yang Menang Piala Suxuki AFF tapi Pasuakn Olimpik Malaysia Under 21 lah. Tapi tak apa lah, kalah tipis je. Tu pun last2 minti gol. Pepun tahnaih aku ucapkan kerana telah berjuang bermati2an malam tadi. Arap perlawanan menentang Singapura Isnin ni bloeh menang lah. Tunjukkan bahawa Kita Pasukan Yang Terkuat Di Asia Tenggara. Malaysia Boleh..

LoveMalaysia,Tanah Tumpah Daraku...

Beriata selanjutnya klik link ni...
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0121&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_05.htm

Tuesday, January 18, 2011

RANKING TERBARU FIFA (FEB 2011) - MALAYSIA KE-140





Salam kepada semua,


Kali ni aku nak pos berita yang agak gembira sikit lah kat korang semaua. Tengok tajuk korang pun dah tau pasal apa kan. Skuad Bola Sepak Kita Telah naik 4 anak tangga dari 144 ke 140 untuk Ranking Terbaru FIFA untuk bulan Feb 2011. Walaupun menjuarai Piala Suzuki AFF baru-baru ni, Ranking Skuad Bola Sepak Malaysia tak lah naik banyak, tapi tak apa lah, asalkan ada peningkatan.

Mengikut negara di Asia Tenggara Malaysia Berada Di ranking ke-4 terbaik selepas Thailand (121), Indonesia (129), Vietnam (134), namun begitu Malaysia berjaya memintas seteru utama iaitu Singapore yang berada di ranking 142.

Untuk TOP 10 pula adalah seperti berikut:

(1)Spain,(2)Netherlands,(3)Germany,(4)Brazil,(5)Argentina,(6)England,(7)Uruguay,(8)Portugal,(9)Croatia,(10)Greece

Untuk lihat senarai penuh Ranking FIFA untuk Feb 2011 klik link ni..
http://www.football-rankings.info/2011/01/fifa-ranking-february-2011-probable_14.html

Apa pun syabas kepada Skuad MALAYSIA atas peningkatan tersebut. Teruskan usaha anda untuk kejohanan yang akan datang.

LOVEMALAYSIA...TANAH TUMPAH DARAHKU..
Salam...

Monday, January 17, 2011

Lionel Messi Dan Jose Mourinho Terbaik Dunia

Salam kepada semua blogger,


Erm aku tak tau nak tulis apa kat blog ni..jadi aku post cite ni je lah. cite Anugerah Pemain Terbaik Dunia 2010 yang berlangsung di Zurich, Switzerland pada 10 Januari lepas. Berikut adalah senarai Pemenang yang telah berjaya merangkul Pemain dan Jurulatih Terbaik Dunia Tahun 2010.







Pemain Lelaki Terbaik Dunia Tahunan : Lionel Messi (Barcelona and Argentina).

Pemain Wanita Terbaik Dunia Tahunan : Marta (FC Gold Pride, Santos and Brazil).

Jurulatih Lelaki Terbaik Tahunan: Jose Mourinho (Inter Milan and Real Madrid).

Jurulatih Wanita Terbaik Tahunan: Silvia Neid (Germany).

Pasukan Permainan Bersih : Haiti Women Under-17s.

Anugerah Persident Terbaik Tahuan : Desmond Tutu.


Selain daripada Anugerah Pemain dan Jurulatih Terbaik Dunia Tahun 2010, FIFA juga telah memilih Kesebelasan Pemain Terbaik FIFA 2010. Berikut adalah senarai First 11 Team FIFA Pro 2010


Penjaga Gol : Iker Casillas (Real Madrid & Spain)

Pertahanan: Maicon (Inter Milan & Brazil), Gerard Pique (Barcelona & Spain), Lucio (Inter Milan & Brazil), Carles Puyol (Barcelona & Spain)

Pemain Tengah: Andres Iniesta (Barcelona & Spain), Xavi (Barcelona & Spain), Wesley Sneijder (Inter Milan & Holland)

Penyerang : Cristiano Ronaldo (Real Madrid & Portugal), David Villa (Barcelona & Spain), Lionel Messi (Barcelona & Argentina)

Tuesday, January 11, 2011

KHAIRUL FAHMI KE OLD TRAFORD???

Selasa,11-01-11



Salam kepada semua blogger dan pembaca,
Mesti anda terkejut dan hairankan mendengar berita Penjaga Gol No 1 Skuad Kebangsaan Khairul Fahmi akan ke Old Traford. Dari mana berita ini mula-mula tersebar sukar dikenal pasti, namun berita ini sudahpun mula tersebar di laman-laman blog, internet dan media masa. Bagi tuan punya badan pula, ia menafikan desas-desus perpindahannya dari Kelantan ke Old Traford. Bagi beliau, berita tersebut adalah gimik semata-mata yang ingin diperbesar-besarkan ceritanya setelah kejayaan beliau membantu Skuad Kebangsaan menjuarai Piala Suzuki AFF baru-baru ini.

Bagi aku, kalau pun Khairul Fahmi akan Ke Old Traford itu berita baik dan membanggakan kita semua rakyat Malaysia kerana bukan mudah pemain bola sepak tempatan dapat peluang bermain di liga luar apatah lagi ke EPL. Tak kisah lah dapat beraksi dalam skuad utama, simpanan ataupun hanya di akedemi sahaja itu pun sudah mencukupi bagai kami seluruh rakyat Malaysia. Sekiranya berita ini menjadi kenyataan pastinya rakyat Malaysia akan menyokon beliau dan Manchester United seratus peratus setiap kali pasukan tersebut turun bermain. Namun seandainya berita ini tidak menjadi kenyataan tidak apalah, yang penting kami tahu andalah seorang Penjaga Gol Negara yang Terbaik di antara yang Terbaik. Syabas Khairul Fhami, teruskan usaha anda mengharumkan nama anda, keluarga, kelab dan Negara kita Malaysia.

KEPADA SEMUA PUTRA-PUTRA HARIMAU MALAYA KAMI INGIN MENGUCAPKAN, TERIMA KASIH, TERIMA KASIH, TERIMA KASIH KERANA MENGHADIAHKAN PIALA KEAGUNGAN BOLA SEPAK ASIA TENGGARA, PIALA SUZUKI AFF KEPADA KAMI SELURUH RAKYAT MALAYSIA SEMPENA TAHUN BARU 2011. SEMOGA PASUKAN NEGARA AKAN LEBIH MAJU DAN BERJAYA SEHINGGA MANPU KE SUKAN OLIMPIK 2012 NANTI. INSYAALAH KAMI SENTIASA DOAKAN KEJAYAAN ANDA SEMUA, MANALAH TAHU KALAU ADA REZEKI JUMPA DI OLIMPIK LONDON 2012 NANTI..

LOVEMALAYSIA,,TANAH TUMPAH DARAKU…
Asalammulaikum,,,..

Saturday, August 15, 2009

Saingan Liga Domestik Eropah Kini Bermula..

Start minggu ni saingan bola sepak eropah seperti EPL, La Liga, Serie A, dan liga lain akan memulakan kampen liga masing-masing.. Yang pasti, EPL dan La Liga pasti mendapat perhatian apabila kelab-kelab elit dalam liga tersebut membeli pemain-pemain yang terhebat pada masa kini..

Paling menarik semestinya tiga pasukan termahal dunia iaitu Real Madrid, Manchester City dan Manchester United.. Real Madrid (Galactico) bersama Presiden, Florentino Perez telah membawa masuk bintang terbaik dunia seperti Cristiano Ronaldo, Kaka, Xabi Alonso, dan Karim Benzema dengan nilai perpindahan termahal..

Namun sebuah kelab lagi iaitu Manchester City bersama Pengurusnya Mark Hughes, membawa masuk Kolo Toure, Emmanuel Adebayor, Carlos Tevez, Roque Santa Cruz, Stuart Taylor dan Gareth Barry..

Bagi Manchester United pula mereka hanya mendapatkan khidmat Michael Owen, Antonio Valencia dan Gabriel Obertan bagi memantapkan pasukan setelah mereka kehilangan khidmat Ronaldo dan Tevez..

Namun bagi kelab-kelab lain, walauun mereka gagal atau kehilangan pemain bitang mereka pastinya kelab-kelab terbabit akan mempamirkan aksi sebenar mereka setelah saingan liga bermula kelak..

Yang pasti di Liga Belanda, PSV, Ajax akan bersaing sesama sendiri begitu juga dengan Liga Scotloand, Celtic dan Glasco Rengers akan bersaing untuk kedudukan 1 & 2..

Bagi Serie A pula tumpuan kepada 4 pasukan teratas liga iaitu Juventus, AS Roma, AC Milan dan Inter Milan.. Inter mempunyai kelebihan dengan kehadiran Samuel Eto’o dan malang bagi Ac Milan, kerana kehilangan Kaka..

La Liga musim ini pasti menarik kerana mampukah Barcelona, Vilareal, dan Valencia menghalang Real Madrid daripada membolot semua piala domestic dan eropah musim ini.. Tapi yang pasti pasukan-pasukan ini yang akan menguasai La Liga musim ini..

Tapi yang paling mencuri perhatian sekali, pastinya EPL.. Adakah Chelsea ataupun Liverpool mampu menyekat kehebatan Manchester United daripada berkuasa di EPL..
Adakah pembelian pemain-pemain terbaik dunia oleh Manchester City mampu menggugat tradisi 4 pasukan terbaik EPL musim lepas.. Mampukah pemain muda, Arsenal ataupun Everton mahupun Spurs mampu mencabar musim ini..

Semuanya akan terjawab apabila musim saingan liga eropah bermula nanti..

Wednesday, May 6, 2009

MALAYSIA FC vs MANCESTER UNITED... Masih Ada Yang SAYANG!!!!!

Erm seperti yang korang tau skuad Kebangsaan kita akan lawan dengan MU pada 18-07-09(sama dan brithday shafiq).. Aku bukan apa saja je nak bincang dengan korang Agak-agak sapa yang akan menang.. MU or MALAYSIA.... Aku rasa korang pun tau jawapannya... Korang boleh post komen pasal skor pasukan mana yang menang... Tapi aku arap masih ada yang akan sokong skuad kebangsaan.. Sebab aku percaya MASIH ADA YANG SAYANG KAT SKUAD MALAYSIA.. so support lah kat Liga M dan EPL.. hahaha...
Lupa pulak nak cakap... Buat penyokong Liverpool jangan arap korang boleh menang EPL..
Sb MU yg akan menang EPL n Liga Juara Eropah.. PEACE.. majulah sukan untuk Malaysia...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Tinggalkan Link Anda Setelah Melawat Blog Ini. Terima Kasih.