Picture

Picture
Mohamad Rizal Zainal

Thursday, March 19, 2009

PPSMI…. Isu, Pendidikan atau Politik???

Erm dah letih sangat aku dengar orang bercerita pasal PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains, Matamatik dalam Bahasa Inggeris) ni. Sampai bosan dibuatnya mengengar caci maki dia orang. PPSMI ini bermula sejak tahun Jan 2003 yang mana pelajar yang lahir pada tahun 1990 ke atas (temasuk aku lah) wajib belajar matamatik dan sains dalam bahasa inggeris bermula dari tingkatan satu sampai SPM (Tingkatan lima lah). Dalam masa lima tahun itu, aku belajar matamatik dan sains dalam bi dan aku dapati agak sukar nak memahami dua subjek itu kerana bi aku kureng sikit. Namun disebabkan kerajaan membenarkan dua subjek itu dijawab dalam dwibahasa maka aku mendapat result yang boleh lah sikit (lulus lah tu). Bagi aku (selepas mendapat result) dua subjek itu tak lah terlalu sukar tapi lebih baik kalau kerajaan membenarkan diwbahasa dalam dua subjek itu agar pelajar lebih memahami subjek tersebut.

Tapi yang menjadi persoalannya sekarang, mengapa pula PPSMI menjadi isu yang boleh mencetuskan ketegangan dalam negara. Sampai ada yang buat demontrasi jalanan sebab nak hantar memorendum bantahan PPSMI. Kenapa perlu buat demontrasi jalanan, ia bukan budaya kita, Kenapa tak hantar dengan cara baik. Adakah ini ada kenemengena dengan keadaan politik negara kita yang makin “panas”. Itu aku tak boleh cakap, korang fikir lah sendiri…

Tapi yang lebih pelik, Kenapa sekarang baru nak beria-ia nak bersuara, maki sana, maki sini last-last GPMS (Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung) jugak yang kena. Kenapa tak dari dulu lagi buat macan ini. Dah 6 tahun baru nak jadi isu. Fikir lah, Kerajaan dah habis berjuta-juta ringgit untuk bekalkan buku kepada semua pelajar sekolah. Bukan seringgit dua, tapai berjuta ringgit yang telah dihabiskan. Kita sebagai orang melayu perlu berusaha untuk berjaya dalan pendidikan sama seperti bangsa lain. Jangan kata kita orang kampung tak boleh, ramai orang kampung yang telah berjaya dapat keputusan yang bagus, 20A pun ada juga. Renung-renungkan lah…

Kat sini aku juga nak bagi cadangan kepada kerajaan (kot-kot ada orang yang berkenaan baca).

i-Kekalkan pengajaran matamatik dan sains dalam bahasa inggeris tapi ia perlu diajar dalam diwbahasa agar semua pelajar paham.

ii-Benarkan pelajar menjawab matamatik dan sains dalam diwbahasa pada peperiksaan utama seperti SPM, PMR, dan UPSR.

Dengan cara itu, aku arap agar isu PPSMI tidak akan menjadi isu lagi. Dan aku harap agar pelajar lain akan lebih menguasai bi kerana bi merupakan bahasa pengantar di IPT dan cabaran yang lebih desar menanti kita di sana, dan aku telah pun merasai tempiasnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Tinggalkan Link Anda Setelah Melawat Blog Ini. Terima Kasih.