Picture

Picture
Mohamad Rizal Zainal

Monday, August 29, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN

Salam kepada semua blogger, rakan2 dan sahabat2ku..






Alhamdulillah syukur kepada Allah SAW yang masih member nikmat hidup, iman dan islam kepada aku. Mula2 sekali aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zair dan Datin kepada semua umat Islam tak kira dimana pun anda berada. Sedih juga terasa kerana Bulan Ramadan yang mulai pergi meninggalkan kita semua. Entah dapat lagi ke kita merasa kenikmatan Ramadan pada taun depan, insyaallah kalau umur dan Tuhan masih mengiziknan kitamungkin akan bertemu lagi dengannya pada taun hadapan.


Dah lama aku tak update blog aku sebab agak sibuk, tapi untuk kali hari raya ini aku ingin post kan lembaaran yang tidak dapat diungkapkan dengan kata2 kepada rakan2ku, blogger2 dan pembaca yang sudi baca blog aku yang tidak seberapa. Hanya ini yang termampu aku lakukan untuk mengantar mesej kepada anda semua.


Dikesempatan ini aku ingin memohon setulus kemaafan kepada anda, rakan2 dan saudara2ku semua sekiranya aku pernah menyakiti dirimu, terkasar bahasa, tersinggung kata dan apa2 sahaja yang boleh membuat dirimu terasa atau tersinggung dengan kelakuan aku. Sejuta kemaafan aku pohon pada kamu semua. Aku juga ingin memohon halalkan makan mimun atau apa sahaja yang telah korang berikan pada aku. Aku minta halalkan semuanya.


Kepada rakan2ku yang pulang berari raya di kampung, pandulah berhati2 dan ikut peraturan yang telah diteteapkan..ingat orang yang tersayang. Aku doakan semoga anda semua selamat pergi dan balik. Amin.


Kepada Nurul Izzati Bt Azhari, saya nak mintak maaf kalau selama ini saya selalu sakitkan ati awk dan buat awak sedih.. saya tak ada niat pun nak buat awk mcam 2. Saya sayangkan awk. Halalkan makan minum saya awk. Semoga hubungan kita berkekalan. Maaf raya kali ini saya tak sempat nak jumpa awk. Hanya ucapan ikhlas yang mampu saya berikan kepada awak. Semoga awak berbahagia di hari lembaran ini bersama keluarga.
Kepada korang semua aku maafkan korang semua dan aku halalkan apa yang aku dah bagi kat korang semua.Semoga lembaran pada tahun ini menjadi permulaan bagi kita mengeratkan lagi tali siratulrahim antara kita.


Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zair Dan Batin Kawan2, dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-52.. Peace!!




Thursday, March 24, 2011

JOM SELAMATKAN BUMI KITA....SOKONG EARTH HOUR!!! (26 MAC 2011)


TIDAK perlu jeritan, laungan atau perarakan untuk memperjuangkan sesuatu agenda. Tahukah anda, satu langkah mudah mampu memberi perubahan besar dan mungkin boleh dianggap paling efektif? Inilah keunikan kempen Earth Hour yang giat dipromosikan ketika ini.

Seruan kempen Earth Hour amat mudah. Pada 28 Mac ini, mulai jam 8.30 malam, anda cuma perlu memadamkan suis lampu untuk tempoh sejam. Apa yang penting, ialah simbolik perbuatan ini serta mesej yang ingin disampaikan kepada pihak berkepentingan di seluruh dunia.
Bagi individu yang menganggap perjuangan memelihara alam sekitar bukan tanggungjawab mereka, mungkin tidak terasa impak kempen ini. Namun, bagi insan prihatin dengan isu alam sekitar, Earth Hour pasti disambut baik.

Earth Hour adalah program tahunan sedunia yang dianjurkan Tabung Alam Sedunia (WWF) pada setiap Sabtu ketiga bulan Mac. Melalui kempen ini, orang ramai diminta memadamkan suis lampu atau kelengkapan elektrik yang lain bagi tempoh sejam. Ini bertujuan meningkatkan kesedaran perlunya tindakan segera diambil dalam menghadapi perubahan iklim dunia.

Kempen ini dipelopori WWF Australia dan akhbar Sydney Morning Herald pada 2007. Sejak itu, kempen ini semakin mendapat sokongan dunia hingga pada tahun lalu, sejumlah 50 juta penduduk dunia menyertainya.

Paling menarik, mercu tanda popular dunia seperti Golden Gate Bridge di San Francisco, Amerika Syarikat (AS); Colosseum di Rome; Sydney Opera House di Sydney, Australia dan papan tanda Coca Cola di Times Square di New York bergelap selama sejam.

Pada penganjurannya tahun lalu, lebih 400 bandar dari tujuh benua mengambil bahagian. Dilaporkan, laman web rasmi Earth Hour menerima kunjungan lebih 6.7 juta pelawat kira-kira seminggu menghampiri Earth Hour. Enjin pencarian popular, Google juga menggelapkan laman webnya sebagai tanda sokongan.

Di Malaysia, kempen Earth Hour telah dilancarkan sejak 2 tahun lalu. Ini adalah penyertaan kali ketiga negara dalam misi membawa perubahan peringkat global ini.



Pemandangan suasana KLCC sewaktu Earth Hour tahun lepas (2010)

Rakyat Malaysia, baik individu, perusahaan, pemilik premis bangunan dan personaliti popular sama-sama berganding bahu bertindak mengatasi perubahan iklim dunia. Antara pihak yang turut terbabit dalam penganjuran kempen pertama di Malaysia ialah Menara Kuala Lumpur, World Wide Fund For Nature (WWF) Malaysia dan agensi pengiklanan, Leo Burnett.

Seiring isu pemanasan global yang kerap diperkatakan, Earth Hour 2009 bakal mencatat sejarah kerana membabitkan proses pengundian pada skala besar penduduk dunia. Inilah julung kali, penduduk dunia tanpa mengira usia, keturunan, etnik dan agama berpeluang mengundi dengan hanya memadamkan suis lampu yang berfungsi bagai kertas undi.

Melalui kempen ini, pengundi bebas memilih untuk memadamkan lampu jika mahu menyelamatkan bumi atau membiarkan ia bernyala jika memilih bumi terus menjadi mangsa pemanasan global. Semua ini perlu dilakukan dalam tempoh sejam.

WWF mengajak penduduk dunia mengundi bumi bagi mencapai sasaran satu bilion undi yang akan dibentangkan kepada pemimpin dunia di Persidangan Perubahan Iklim Global (Global Climate Change Conference), di Copenhagen, Denmark, tidak lama lagi.

Persidangan itu bakal menentukan polisi kerajaan untuk bertindak terhadap ancaman pemanasan global menggantikan Protokol Kyoto. Inilah peluang bagi penduduk dunia menyatakan suara hati mereka.

Penganjur Earth Hour 2009 mensasarkan satu bilion penyertaan penduduk dunia. Undi yang diberi kepada bumi adalah seruan kepada penduduk dunia melakukan sesuatu demi menjamin masa depan planet ini. Mengikut laporan yang dikeluarkan WWF tahun lalu, kesan pemanasan global sekarang lebih cepat berkembang daripada apa yang diramal kumpulan saintis terkemuka dunia.

Sebagai penghuni bumi yang prihatin, apa kata padamkan lampu anda bagi tempoh sejam mulai jam 8.30 malam 28 Mac ini.

Sebaik memulakan langkah pertama, banyak lagi perkara lain yang anda boleh lakukan. Antaranya, mendaftar dengan penganjur Earth Hour. Anda akan menerima tip dan panduan berguna dalam mengurangkan pelepasan karbon dioksida dalam kehidupan seharian. Maklumat ini kemudian boleh disebarkan kepada keluarga dan kenalan.

Selain itu, individu yang mendaftarkan diri boleh berkongsi cerita mengenai kesan perubahan iklim kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat serta bagaimana setiap orang boleh menyumbang.

Sehubungan itu, semua pihak yang masih memiliki rasa sayang terhadap bumi, boleh menyokong kempen Earth Hour dengan melayari laman web www.earthhour.org/malaysia. Tunaikan tanggungjawab anda sebagai penduduk dunia yang prihatin!

*Aku menyokong kempen EARTH HOUR Bagi Menyelamatkan Bumi Kita ini..Tak susah, hanya matikan bekalan elektrik di rumah anda selama sejam bagi menyokong kempen ini..

Salam...

Monday, February 21, 2011

SIMPLE PLAN - YOUR LOVE IS A LIE



I fall asleep by the telephone
It’s 2 O’clock and I’m waiting up alone
Tell me where have you been?
I found a note with another name
You blow a kiss, but it just don’t feel the same
Cause I can feel that you’re gone

I can’t bite my tongue forever
While you try to play it cool
You can hide behind your stories
But don’t take me for a fool

You can tell me that there’s nobody else
(But I feel it)
You can tell me that you’re home by yourself
(But I see it)
You can look into my eyes and pretend all you want
But I know
Your love is just a lie
(Lie)
It’s nothing but a lie
(Lie)

You look so innocent
But the guilt in your voice gives you away
Yeah you know what I mean
How does it feel when you kiss when you know that i trust you
And do you think about me when he fucks you?
Could you be more obscene?

So dont try to say you’re sorry
Or try to make it right
Don’t waste your breath because it’s too late, it’s too late.

You can tell me that there’s nobody else
(But I feel it)
You can tell me that you’re home by yourself
(But I see it)
You can look into my eyes and pretend all you want
But I know, I know,
Your love is just a lie
(Lie)
It’s nothing but a lie
(Lie)
You’re nothing but a lie

You can tell me that there’s nobody else
(But I feel it)
You can tell me that you’re home by yourself
(But I see it)
You can look into my eyes and pretend all you want
But I know, I know
Your love is just a lie
(Lie
I know you’re nothing but a lie
(Lie)
Lie
(Lie)
Lie
(Lie)
Lie

Your love is just a lie

Watch Video Clip SIMPLE PLAN - YOUR LOVE IS A LIE just KLIK this Link

Friday, February 18, 2011

PANADOL MERBAHAYA??? BETUL KE???


Salam kepada semua blogger dan pembaca..

Kali ini aku nak kongsi berita mengenai Bahayanya Panadol..Nak tau baca artikal dibawah ini..pas 2 korang fikir2kan lah fakta ini..Nak percaya atau tak terpulang..Bukan nak buruk2kan Panadol tapi untuk mencari kebenaran je..apa2 kalu rase tak puas ati adat ada pendapat lain, boleh komen kat bawah nanti k...

JANGAN AMBIL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK)


Panadol Activefast untuk melegakan Sakit Kepala

UNTUK PENGETAHUAN, ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya…

“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol.. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.



Panadol Soluble untuk Selesema

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.


Minumlah 100Plus ini..lagi bagus...


Tak pun minum Revice Istonic ni..

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.

P/S: Fakta yang kat atas ni aku perolehi, dari blogger yang boleh dipercayai...So terpulang kat korang nak percaya atau tak..Tepuk Dada, Tanya Hati..Pikirlah Sendiri...

Thursday, February 17, 2011

Ungu – Percaya Padaku



Aku tak tahu apa yang kurasakan
Dalam hatiku saat pertama kali
Lihat dirimu melihatmu

Seluruh tubuhku terpaku dan membisu
Detak jantungku berdetak tak menentu
Sepertinya aku tak ingin berlalu

[*]
Berikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku ku ‘kan menjagamu
Hingga akhir waktu menjemputku

[**]
Ku berikan cintaku juga sayangku
Percaya padaku ku ‘kan menjagamu
Hingga akhir waktu menjemputku

Saat ku tahu kau akan pergi jauh
Izinkan aku ‘tuk selalu menatimu
Untuk katakan ku ingin dirimu

Agar kau tahu betapa ku terlalu
Mencintaimu aku akan menunggu
Hingga dirimu kembali untukku

Back to [*][**]

Tolonglah aku bagaimana diriku
Ungkapkan itu rasa yang membelenggu
Dalam hatiku ku cinta padamu

Back to [*][**]

Back to [*]

Janji – Akim


Cubalah kau mengerti
Perasaan hatiku
Ku cinta kamu
Hanya itu aku tahu

Dan takkan terulang lagi
Silapku yang dulu
Meninggalkanmu
Untuk kedua kali takkan berlaku

Chorus
Aku akan selalu
Menjaga dan mencintaimu
Aku janji padamu
Takkan menduakanmu

Dan takkan terulang lagi
Silapku yang dulu
Meninggalkanmu
Untuk kedua kali takkan berlaku

Ulang Chorus

Aku janji padamu
Akan mencintaimu

Ulang Chorus

Takkan menduakanmu

Kalau Cinta - Aliff Aziz ft Joanna



Aliff Aziz
Di lubuk hatiku
Adalah kamu
Sebagai ratu

Joanna
Seluruh Jiwaku
Hanya dirimu
Yang aku mahu

Duet
T’lah ku percayakan
Hati ini padamu
Maka kita tak saling risau

Kalau cinta jangan kacau
Kalau sayang tak perlu marah
Kalau ikhlas tak minta berbalas
Serahkan cintamu
Pada yang punya cinta

Joanna
Di lubuk hatiku
Adalah kamu
Yang aku perlu

Aliff Aziz
Seluruh Jiwaku
Hanya dirimu
Yang aku mahu

Saturday, February 12, 2011

SAMBUT HARI VALENTINE DAY SAMA MACAM MAKAN KHINZIR


Salam kepada semua blogger..

Kali ini aku nak cerita berkaitan dengan hari Valentine Day. Sedar atau tidak bahawa sambutannya valentine Day pada tahun ini adalah sehari lebih awal dari Sambutan Kelahiran Nabi kita Muhammad s.a.w. Tapi kenapa hari valentine Day lebih dinanti- nanti berbanding Sambutan Kelahiran Nabi kita Muhammad s.a.w. terutamanya dikalangan anak-anak muda Islam kita yang juga akan turut sama menyambut hari Valentine Day yang sesat ini dengan sambutan yang sesat di tempat-tempat yang dianjurkan oleh golongan tertentu yang cuba untuk menyesatkan mereka. Apa sebab jadi macam ini ek..dorang xde akal ke..kan dah tau hari valentine Day telah di fatuahkan HARAM..Tapi kenapa still nak sambut lagi.Berikut disertakan di sini pandangan ulama tentang hari valentine Day ini.

Asal-usul Valentine

Tindakan mengaitkan pertengahan bulan Februari dengan cinta dan kesuburan sudah ada sejak dahulukala. Menurut tarikh kalender Athena kuno, periode antara pertengahan Januari dengan pertengahan Februari adalah bulan Gamelion, yang dipersembahkan kepada pernikahan suci Dewa Zeus dan Hera.

Di Roma kuno, 15 Februari adalah hari raya Lupercalia, sebuah perayaan Lupercus, dewa kesuburan, yang dilambangkan setengah telanjang dan berpakaian kulit kambing. Sebagai bagian dari ritual penyucian, para pendeta Lupercus meyembahkan korban kambing kepada sang dewa dan kemudian setelah minum anggur, mereka akan lari-lari di jejalanan kota Roma sembari membawa potongan-potongan kulit domba dan menyentuh siapa pun yang mereka jumpai. Terutama wanita-wanita muda akan maju secara sukarela karena percaya bahwa dengan itu mereka akan dikarunia kesuburan dan bisa melahirkan dengan mudah.

Pandangan Ust. Zaharuddin dengan Sambutan Valentine Day

1) Kita hanya boleh merayakan perayaan yang diiktiraf oleh Islam iaitu Idil Fitri dan Idil Adha. Nabi SAW bersabda :
(إن لكل قوم عيدا وإن هذا عيدنا)
Ertinya : Sesungguhnya bagi setiap kaum itu perayaan masing-masing, dan ini (IdilFitri dan Idiladha) adalah perayaan kita" ( Riwayat AL-Bukhari, 952 ; Muslim, 1892)
Justeru, sebarang perayaan yang disambut oleh umat Islam mestilah terhad kepada dua perayaan ini sahaja.

Bagaimanapun, jika sesuatu majlis, keraian dan sambutan itu dianjurkan bukan atas asas atau nama agama serta tiada kaitan dengannya bahkan dibuat atas dasar adat semata-mata. Ianya boleh dan harus diraikan dengan syarat sambutannya tidak diserapi apa jua unsur maksiat dan syirik. Sebagai contoh sambutan kemerdekaan Negara, sambutan ulangtahun penubuhan sesebuah syarikat dan sebagainya. Cuma ia bukanlah disambut sebagai hari raya ketiga atau keempat, tetapi hanya sebagai majlis keraian setaraf dengan majlis perkahwinan dan sepertinya sahaja.
Ini bermakna, setiap tujuan dan asal usul perayaan itu perlulah disemak. Maka jika disemak perayaan Valentine ini. Ternyata ia berasal dari cerita dongeng, karut dan syirik berakitan dewa dan sebagainya. Selain dari asalusul, cara dan kaedah implementasnya juga mesti dilihat, jika secara adatnya ia disambut dengan dosa dan maksiat. Ia sekali lagi dilarang di atas dasar tersebut pula.

2) Tidak harus pula meniru orang Kafir dan ahli maksiat dalam meraikan majlis yang dianjurkan. Imam Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim telah menyebut bahawa telah Ijma' (sepakat keseluruhan Ulama) melarang penyerupaan dalam meraikan perayaan agama ( atas asas agama) selain Islam. ( Iqtidha, 1/454 ; Ahkam Ahli Zimmah, 2/722)

3) Islam tidak mengiktiraf hari kasih sayang. Kasih sayang dalam Islam bersifat universal, tidak dibatasi waktu dan tempat dan tidak dibatasi oleh objek dan motif. Hal ini sesuai dengan hadis :
"Cintailah saudara seislam seperti kamu mencintai dirimu sendiri." (Riwayat Bukhari).
Islam sangat melarang keras untuk saling membenci dan bermusuhan, namun sangat menjunjung tinggi akan arti kasih sayang terhadap umat manusia.
Rasulullah saw. bersabda : "Janganlah kamu saling membenci, berdengki-dengkian, saling berpalingan, dan jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Juga tidak dibolehkan seorang muslim meninggalkan (tidak bertegur sapa) terhadap saudaranya lebih dari tiga hari" (Muslim)

Kasih sayang dalam Islam diwujudkan dalam bentuk yang nyata seperti silaturahmi, menjenguk yang sakit, meringankan beban tetangga yang sedang ditimpa musibah, mendamaikan orang yang berselisih, mengajak kepada kebenaran (amar ma'ruf) dan mencegah dari perbuatan mungkar

4) Sambutan hari Valentine ini menjadi semakin terkeji apabila ia menjurus kepada perlakuan maksiat, mengadaikan ‘dara' kepada kekasih yang bernafsu ‘syaitan' dan dengan perlakaun seks bebas yang kononnya bagi membuktikan 'ketulenan' cinta seseorang kepada kekasihnya..

5) Islam juga melarang umatnya dari terlibat, duduk serta bersekongkol dalam majlis yang mempersendakan Islam dan bercanggah dengannya. Ini dari firman Allah yang bererti :

وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللّهِ يُكَفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلاَ تَقْعُدُواْ مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُواْ فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذًا مِّثْلُهُمْ إِنَّ اللّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا
"Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur'an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahanam" ( An-Nisa : 140 )

Diriwayatkan dari Umar r.a. bahwa dia pernah mendengar Rasulullah s,a.w. bersabda:
"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka janganlah duduk pada suatu hidangan yang padanya diedarkan arak." (Riwayat Ahmad)

Maka majlis arak yang haram itu adalah sama hukumnya dengan majlis Valentine yang mana sumber, asal usul dan cara pelaksanaannya yang terdedah kepada pelbagai jenis maksiat. Tidak harus sama sekali untuk menghadiri majlis sempena Valentine di mana-mana jua.
"Jadi adakah pergi shopping sempena 'sale' hari Valentine juga salah?
Jawabnya, sekadar membeli belah ia tidak salah, namun TIDAK DIBENARKAN menyertai seseuatu PERHIMPUNAN, SAMBUTAN KHAS kerana Valentine seperti majlis Konsert, Nyanyian dan sepertinya.

6) Hukum memberikan hadiah sempena hari Valentine juga adalah menjadi haram berdasarkan kaedah dari firman Allah : "Janganlah kamu bantu membantu dalam perkara dosa dan permusuhan"
Bagaimanapun hukum menjual bunga sahaja, ia tidak kurang dari kategori jualan yang syubhah, makruh atau haram khas di hari Valentine.

Diriwayatkan, ada seorang laki-laki yang memberi hadiah satu bekas arak kepada Nabi s.a.w., kemudian Nabi memberitahu bahwa arak telah diharamkan Allah. Orang laki-laki itu bertanya:
Lelaki: Bolehkah saya jual?
Nabi: Zat yang mengharamkan meminumnya, mengharamkannya juga menjualnya.
Lelaki: Bagaimana kalau saya hadiahkan arak kepada orang Yahudi?
Nabi: Sesungguhnya Allah yang telah mengharamkan arak, mengharamkan juga untuk dihadiahkan kepada orang Yahudi.
Lelaki: Habis, apa yang harus saya perbuat?
Nabi: Tuang saja di dalam parit air. (Al-Humaidi dalam musnadnya)
Justeru, kita dapat melihat bahawa benda yang haram, maka haram juga dijualnya mahupun dihadiahkan. Dalam hal menjual bunga, ia juga boleh menjadi syubhah di hari Valentine seperti ini, kerana diketahui ianya dibeli khas untuk meraikan Valentine yang haram. Seperti juga hukum menjual anggur kepada tukang buat arak yang telah diketahui. Ia tidak dibenarkan dalam Islam menurut pendapat yang terkuat.

7) Para ulama juga menyatakan LARANGAN untuk saling mengirim ucapan Valentine, cinta dan kasih bersempena hari itu. Perlu dianggapkan hari Vlentine itu tidak wujud dan ia adalah sebuah hari biasa sahaja.

Jadi terpulanglah kat korang sama ada still nak sambut hari setan ni ke x..tapi kan bagi aku, dari sambut hari setan ni baik kita pakat ramai-ramai buat babi panggang kat tepi pantai...lagi best,,sebab kalu makan babi boleh samak tapi kalau sambut hari Valentine nak samak dengan apa..tapi kalu boleh 2 2 pun jgn buat lah..kan 2 2 tu dose..HARAM tapi yang peliknya Yang HARAM 2 KORANG BUAT HALAL, YANG HALAL KORANG BUAT HARAM..

erm pikir2 kan lah, korang semua dah besarkan..so pikir lah sendiri..

Salam..

Friday, February 4, 2011

Terkenang Zaman Kanak-Kanak...

Salam kepada semua blogger..

Tadi time aku tengah2 boring duduk kat rumah (ari ni cuti, tak kerja), aku bukak almari..Korang tau aku jumpa apa, eh silap aku nampak album gambar aku..So disebabkan dah lama tak bukak aku pun bukak lah..Erm bile aku tgok balik gambar2 lama aku, rasa nak tergelak, rindu n sedih pun ada. Nak tergelak pasal aku tengok muka aku time kecik2, kelakar gile. Terasa rindu nak pakai baju sekolah dan rindu nak jumpa kawan2 sekolah n poli. Sedih sebab banyak kenangan pahit manis, suka dan duka aku lalui semasa sekolah n kat poli dulu.

Jadi kali ini aku nak kongsi gambar2 kelas aku kat korang semua yang sudi bukak blog aku ini. Nilah gambar2 yang paling aku sayang, yang pernah hadir dalam hidup aku. Aku akan susun gambar2 ini start dari Tadikah ke Sekolah Rendah ke Sekolah Menengah dan akhir sekali di Politeknik.

Tadikah - Sekolah Tadika Agama, Jalan Kuchai Lama, KL (1996)

Gambar ini time aku tadikah (1996)..hahaha kelakar lah, korang cuba cari aku..


Sekolah Rendah - Sekolah Kebangsaan Seri Setia, Kuchai Lama, KL (1997 - 2002)

Ni gambar masa Darjah 3 (1999)

Ni gambar masa Darjah 4 (2000)

*P/S: Gambar masa Darjah 1,2,5, dan 6, ada yang dah hilang dan ada yang dah rosak..erm sayang sagat kat gambar tu. so xdapat lah aku nak letak kat blog n facebook aku ni..sorry...


Sekolah Menengah - Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Sentosa, Kuchai Lama, KL (2003 - 2007)

Gambar masa Tingkatan 1 (2003)

*P/S: Time Tingkatan 2tak ambik gambar kelas..

Gambar masa Tingkatan 3 (2005)

Gambar masa Tingkatan 4 (2006)

Gambar masa Tingkatan 5 (2007)


Ni Gambar Extra Kelas Aku Masa Tingkatan 5 (2007) - KHAS PELAJAR LELAKI SAHAJA

Ni Pula Gambar Extra Kelas Aku Masa Tingkatan 5 (2007) - KHAS PELAJAR PEREMPUAN SAHAJA

Gambar Bersama Kadet Remaja Sekolah (KRS) SMKSS - Tingkatan 5 (2007)

Gambar Bersama Lembaga Pengawas Sekolah SMKSS - Tingkatan 5 (2007)

Gambar Bersama Persatuan Pelajar Islam SMKSS - Tingkatan 5 (2007)



Politeknik - Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor
(JAN 2009 - JULAI 2010)

Gambar Kelas SKE 1A Sesi Jan 2009 (1)

Gambar Kelas SKE 1A Sesi Jan 2009 (2)

Gambar Kelas SKE 1A Sesi Jan 2009 (3)

Gambar Kelas SKE 4A Sesi Julai 2010 (1)

Gambar Kelas SKE 4A Sesi Julai 2010 (2)

Gambar Kelas SKE 4A Sesi Julai 2010 (3)

Gambar Kelas SKE 4A Sesi Julai 2010 (4)


Kawan2 time aku tengok gambar2 ni aku rasa rindu sangat kat korang semua harap korang semua pun rindu dengan aku jugak. Kalau panjang umur harap2 kita boleh berjumpa lagi. Aku doakan semoga korang semua berjaya dalam hidup korang. Terima kasih kerana pernah hadir dan bahagiakan dalam hidup aku selama ini. Aku takkan lupakan jasa baik korang semua.

KAWAN-KAWAN, AKU SAYANG KORANG SEMUA...
Salam..

Wednesday, February 2, 2011

APA SALAH AKU...

Salam,

Mula2 aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru Cina Kepada sesiapa yang terlibat..



Ari ini aku terasa macam nak pulak baca suarat kabar metro. Kenapa, sebab aku tertarik dengan muka depan die. Ye lah korangpun tau kan muka depan Metro ni kan cerita stok nak hangat2 je..dalam pulak agar boring..tp xpe lah asal dapat berita2 terkini.. Ah sambung balik pasal tadi, muka depan Metro hari ini cerita pasal mak terpaksa kawinkan anak dengan Mart Karpet sebab tak manpu bayar hutang karpet.



Klik link ni kalau nak baca beritanaya METRO

So nak dipendekkan cerita, aku pelik lah sanggup ibubapa nikahkan anak mereka dengan penjual karpet sebab tak mampu bayar hutang. Wajar ke..tak kot, sebab perkhawinan tu secara paksa, bukan rela.. Lagi satu, perkhawinan macam tu pastinya tak akan bahagia, dan akhirnya anak mereka akan dicerai ataupun ditinggalkan oleh suami mereka yang balik ke negara masing2. Suka ke tengok anak korang jadi janda muda. takkan tapi aku pelik sanggup dorang jual anak mereka ni, murah sangat ke maruah anak korang 2. Aku bukan nak menghina tapi kesian, yang jadi mangsanya bukan korang (ibu bapa) tapi anak korang.. Kalau dah janda, ada ke orang nak kat anak korang 2..Pikir lah masa akan datang, buat keputusan yang betul. Jangan menyesal di kemudian hari bila "ANAK KORANG JADI JANDA MUDA"

Aku ni pun bengang sangat dengan Mat2 Karpet ni..kenakan orang2 miskin terutamanya kat kampung dengan menjual karpet pada harga yang tak munasabah. Tau lah korang ni ayat manis..Sampai nenek tua pun cair, tapi jangan lah sampai menindas orang yang tak mampu..Pas tu kalau dorang tak mampu bayar korang mintak kawin dengan anak dorang..WOI SEDARLAH DIRI ITU SIKIT, KORANG INGAT KORANG TU HENSEM SABGAT KE, TAK SEDAR TUMPANG NEGARA ORANG PAS TU BUAT HAL PULAK.

Dah lah malas aku nak cerita panjang2, cume aku nak pesan 1 je, bukan nak hina tapi nasihat..Kalau tak mampu jangan lah hutang banyak2..sebab kalu tak mampu bayar, mungkin benda yang korang tak ingin akan terjadi kat korang. Fikir sendiri, sebelum buat sesuatu perkara..

Peace, LoveMalaysia..
Salam...

Saturday, January 29, 2011

SELANGOR TEWAS, MANCESTER UNITED MENANG, JEPUN JUARA

Salam kepada semua blogger..

erm cerita sport lagi lah. tak tau nak cerita apa le. erm aku nak cerita pasal Perlawanan Bola Sepak yang berlansung malam tadi. Ada empat Kejohanan yang berlansung malam tadi iaitu Final Piala Sumbangsih antara Selangor vs Kelantan, Liga Super Malaysia (MSL), Final Piala Asia Jepun vs Australia dan Pusinagan Ke-4 Piala FA English.

Mula2 aku nak cerita dulu pasal Final Piala Sumbangsih atau dikenali juga Piala Sultan Haji Ahmad Shah antara Selangor vs Kelantan yang berlansung di Stadium Shah Alam.



Keputusannya, Selangor 0 - Kelantan 2. So Selangor malam tadi malu besar kerana kalah di hadapan penyokong sendiri disamping gagal mempertahankan piala ini untuk kali ke-3 berturut2. Selangor yang juga Juara Bertahan layak ke Piala Sumbangsih ini atas Tiket Juara Liga Super menerima kunjungan Juara Piala Malaysia, Kelantan. Kedua2 pasukan memiliki beberapa orang pemain Kebangsaan yang menjulang Skuad Malaysia Menjuari Piala Suzuki AFF baru2 ini. Oleh itu perlawanan malam tadi merupakan perlawanan tumpuan untuk Pembuka Tirai Liga Malaysia pada Tahun 2011 keranan perlawanan tersebut pastinya sengit dan bakal menghiburkan. Namun ternyata jangkaan aku meleset kerana kedua2 pasukan menampilkan corak permainan yang agak membosankan. Tah lah bilalah kualiti permainan bola sepak Malaysia nak meningkat. Namun apapun Tahniah untuk Pasukan Kelantan kerana mencipta sejarah Menjuaria Piala sunmbangsih untuk kali Pertama.Dah malas nak cerita nak tau cerita lbih baca Kosmo ari ni. Nak baca link kat sini KOSMO

Untuk keputusan Liga Super klik link ini pulak LIGA SUPER

Cerita apasal Final Piala Asia pula, Tahniah untuk Jepun kerana menang keatas Australia (1-0) malam tadi. Ternyata kualiti permainan yang ditujukkan amat berkualiti. Nmaun gol yang terhasil hanya berlaku pada minit ke 109 (masa tambahan).
Jaringan Jepun dihasilkan oleh Tadanari Lee tersebut sudah cukup untuk membawa Samurai Blue menjulang Piala Asia dan mengukuhkan Pasukan Jepus selaku Pasuakan Terbaik Asia.



Korea Selatan pula menduduki tempat Ke-3 setelah menewaskan Uzbekistan (3-2) dalam perlawanan yang cukup dramatik. Tiga gol awal Korea sudah cukup membawa pasuakan mereka menduduki tempat Ke-3 Asia, meskipun Uzbekistan berjaya mendapatkan 2 gol lewat untuk pasukan mereka.
Untuk berita lanjut klik link ini PIALA ASIA

Cerita pasal Pusingan Ke-4 Piala FA English pula, Mancester United bangkit setelah ketinggalan 0-1 pada separuh masa pertama ketika bertandang ke Southampton untuk menang 2-1 bagi melayakkan Mancester United mara ke pusingan seterusnya. Jaringan Michael Owen dan Javier Hernandez cukup untuk membuatkan The Red Devils mara. Skrip malam tadi sama seperti perlawanan EPL Rabu lalu ketika Mancester United ketinggalan 0-2 kepada Blackpool dan bangkit 3 gol pada separuh masa Ke-2 untuk kemenangan mutlak Mancester United ke atas Blackpool 3-2 pada hari Rabu lepas.



Untuk keputusan penuh perlawanan pusingan Ke-4 Piala FA kilk link ini Round 4 FA

Sumber dari Kosmo dan ESPN

BLACK - SOFEA JANE

Kau ibarat permata di dalam hiasan kaca
Yang tak bisa disentuh
Namun hanya boleh dipandang
Ingin sekali ku sentuh
Ingin jua ku memiliki

Kau selalu membuat hatiku merasa berat
Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengerti

Kini telah ku sedari
Mimpiku tak bererti sendiri

Chorus
Andai kau tahu
Apa yang ku mahu
Mahukan dirimu ‘tuk mendekatiku
Dan aku tak bisa memaksa dirimu
Walau dalam tidur
Ku kan menantimu hingga akhir nanti

Kau selalu membuat hatiku merasa berat
Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengerti

Kini telah ku sedari
Mimpiku tak bererti sendiri

Saturday, January 22, 2011

Barclays Premier League (EPL) Sat, Jan 22, 2011

Salam kepada semua blogger,



Hari ni aku xtau nak ceriata apa..2 yang aku nak tulis keputusan Perlawanan EPL malam tadi. Ternyata Manchester United masih mengekalkan kedudukan sebagai Pasukan yang menerajui EPL dan masih mengekalkan rekod tanpa kalahnya musim ini setelah membelasah Birmingham 5 - 0 di old Traford malam tadi. Jaringan hatrik Dimitar Berbatov (1,30,53) dan 2 lagi jaringan memerusi yang Ryan Giggs (45+2) dan Nani(76) melengkapkan malam Gemilang bagi Skuad Sir Alex Ferguson.

Erm malas nak cerita panjang2, kalau nak tau gi ke link ni in2 keputusan bagi perlawana EPL malam tadi.

Wolverhampton Wanderers 0 - 3 Liverpool

Arsenal 3 - 0 Wigan Athletic

Blackpool 1 - 2 Sunderland

Everton 2 - 2 West Ham United

Fulham 2 - 0 Stoke City

Manchester United 5 - 0 Birmingham

Newcastle United 1 - 1 Tottenham Hotspur

Aston Villa 1 - 0 Manchester City

Friday, January 21, 2011

MALAYSIA KE PIALA DUNIA 2030..






Salam kepada semua bolgger,

Malaysia Ke Piala Dunia 2030, betul ke..Macam tak percaya je..Tapi itu tak mustahil dan mampu direlisasikan sekiranya Hak Tuan Rumah Piala Dunia 2030 menjadi milik Negara Asean. Namun begitu, semua Negara Asean pastinya mahu menjadi wakil Pasaukan Tuan Rumah. Sekiranya ia menjadi kenyataan maka Kesemua Negara Asean (11 Negara) akan menyertai Piala Dunia 2030 yang hanya boleh disertai oleh 32 Buah Negara sahaja.

Oleh itu, ianya tidak adil bagi Negara2 lain Kerana Negara Asia akan diwakili oleh 14 Pasuakn dan baki 18 slot lagi di isi oleh Negara2 lain. Maka dengan itu pastinya hanya 1 Negara Asean sahaja yang layak mewakili Negara Tuan Rumah 2030. Bagi memilih Negara yang akan mewakili Asean sebagai wakil Tuan Rumah Piala Dunia 2030, Kejohanan Piala Suzuki AFF akan menjadi penentunya. Ini kerana Juara Piala Suzuki AFF 2029 akan secara automatik menjadi wakil Negara Asean. Adilkan, maka semua Negara Asean perlulah menyediakan Skuad Bola Sepak mereka yang paling kuat menjelang Kejohanan Piala Suzuki AFF 2029. Namun realitinya hanya adakan terlaksana sekiranya Bidaan Piala Dunia 2030 menjadi milik Negara Asean.

Jadi tidak mustahil bagi Negara Kita Malaysia mampu bertanding Pada Piala Dunia 2030 di Bumi Asean dan mungkin juga di Malaysia sendiri. Oleh itu, aku harap FAM dapat mempertimbangkan pujukan Negara2 Asean lain bagi Menyokong Bidaan untuk Piala Dunia 2030 di Bumi Asean. Mana lah tau, ianya menjadi Kenyataan. Malah kalau ada rezeki, Pasukan Malaysia juga boleh beraksi kelak sekiranya mendapat tiket automatik selaku Juara Piala Suzuki AFF 2029 kelak.. Segalanya mungkin bagi kita, sekiranya kita berusaha gigih dan memantapkan pembangunan Sukan Bola Sepak Kebangsaan. Kita Mampu Merintis Kemungkinan, inilah peluang Kita untuk beraksi Di Pentas Akhir Piala Dunia. Jangan sia2kan rezeki yang berada di depan mata. Kerana aku yakin kita mampu lakukannya. Kita Boleh, Malaysia Boleh..

LoveMalaysia, Tanah Tumpah Darah KU..

Salam...

(P/S: Kalau lah impian di atas menjadi realiti, aku rasa setiapn kali perlawanan yang melibatkan Malaysia, Pasti Ada CUTI UMUM. MENANG PIALA SUZUKI AFF 2010, DAPAT CUTI 1 HARI, KALAU MENANG PIALA DUNIA, DAPAT CUTI 7 HARI, DOA SELAMAT, 7 HARI 7 MALAM, DAPAT DUIT HADIAH 7 JUTA, DAN BERARAK TUNJUK PIALA 7 BULAN. KORANG JANGAN GELAK.. Segalanya Mungkin Jika Kita Berusaha)

OPSS!!! HARIMAU MALAYA TERSUNGKUR DI RAJAMANGALA



Salam kepada blogger,

Erm dari tajuk korang dah tau aku nak cerita apa kali ini. Cerita pasal pasukan kebangsaan yang lebih dikenalai Harimau Malaya telah kecundang 1-2 ditangan Pasukan Olimpik Thailand. OPPSS, lupa pulak bukan Pasukan Kebangsaan yang Menang Piala Suxuki AFF tapi Pasuakn Olimpik Malaysia Under 21 lah. Tapi tak apa lah, kalah tipis je. Tu pun last2 minti gol. Pepun tahnaih aku ucapkan kerana telah berjuang bermati2an malam tadi. Arap perlawanan menentang Singapura Isnin ni bloeh menang lah. Tunjukkan bahawa Kita Pasukan Yang Terkuat Di Asia Tenggara. Malaysia Boleh..

LoveMalaysia,Tanah Tumpah Daraku...

Beriata selanjutnya klik link ni...
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0121&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_05.htm

Wednesday, January 19, 2011

FILEM KHURAFAT - FILEM SERAM TERBAIK DI MALAYSIA

Salam kepada semua blogger dan pembaca,

Kali ini aku nak cerita pasal Filem yang Paling Panas di pawagam sekarang. PANAS bukan kerana kontrolversi tapi PANAS sebab orang kata Filem Seram yang Paling Seram yang pernah dibuat di Malaysia. Betul Ke..tapi kalu mengikut perangkaan kutipan secara kasar, Filem Kurafat memperoleh hampir 4Juta dalam masa 4 hari tayangan bermula dari 13 jan 2011. Kalau betul, hebat. Mesti ceritanya terbaik dari cerita lain. so aku pun rasa nak tengok jugak cerita ni. Kawan-kawan aku kata cerita ni terbaik,dan xrugi kalau tengok. So apa tunggu lagi, rembat tiket wayang Filem Khurafat yang tengah panas bak "pisang goreng ni" di pawagam yang berhampiran dengan anda.



Filem Khurafat – Perjanjian Syaitan ini dibintangi oleh pelakon seperti Syamsul Yusof, Liyana Jasmay, Sabrina Ali, Salina Saibi, Fauziah Nawi, Latif Borgiba dan ramai lagi.


Sinopsis Filem Khurafat

“KHURAFAT-Perjanjian Syaitan” mengisahkan perjanjian terlarang, persekongkolan antara manusia & syaitan.Satu bentuk penyelewengan yang nyata dalam Aqidah Islam dan amat ditegah dalam Agama.Manusia, disogok dengan nafsu serakah dan dendam membara, tanpa mengira akibat dan bahana, rela membelakangkan Allah untuk memperoleh apa yang dicita walau dengan apa cara, akhirnya hanyut dengan bisikan dan tipu daya syaitan durjana.

Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Perubatan di sebuah hospital kerajaan. Dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Ayshah. Seawalnya pasangan ini hidup aman & bahagia, namun tanpa disangka ujian melanda di pertengahan jalan, kesan daripada ‘gangguan misteri’ yang berterusan.

Dalam pada masa gangguan-gangguan itu, hadir pula seorang perempuan tua yang tidak Johan kenali namun sering menyapa dan cuba mendekati Johan sewaktu di tempat kerja. Tanda tanya dan trauma yang melanda Johan & Ayshah tidak habis di sana, malah ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan yang bernama Anna.Walaupun setelah mengetahui Johan sudah berumah tangga dan bergelar suami yang sah pada Ayshah, Anna masih terus mengganggu dan merayu untuk menerimanya semula. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing dan bertekad untuk mempertahankan rumah tangganya dengan segala daya.

Tidak lama setelah berkali-kali ditolak cintanya, Anna ditemui mati;bunuh diri. Kematian Anna adalah kemuncak bagi segala siri kejadian misteri yang berlaku dalam hidup Johan & Ayshah.

Apa yang menghantui dan menggangu Johan & Ayshah sebenarnya? Adakah ini semua hanya halusinasi dan gangguan minda mereka atau adakah ini semua merupakan petanda-petanda bagi merungkai jawapan bagi semua persoalan mereka?

Segalanya akan terjawab bila anda menyaksikan “KHURAFAT-Perjanjian Syaitan” yang akan ditayangkan serentak di pawagam seluruh Malaysia pada 13 Januari 2011.


Berikut adalah komen penonton setelah menyaksikan Filem Khurafat:

1. saya sukakan 'twisted plot' yang Syamsul rancangkan untuk filem ini.

2. Konsep penamatnya seperti sebuah filem Hollywood yang mungkin pernah anda tengok sebelum ini. Namun ia berjaya diolah bagi disesuaikan dengan jalan cerita Khurafat yang turut dilakonkan Sabrina Ali, Liyana Jasmay, Salina Saibi dan Fauziah Nawi.

3. Saya suka dengan paparan lembaga hantunya yang tidak terlalu jelas dengan solekan mata merah biji saga. Ia lebih menakutkan berbanding kebanyakan filem seram kita kebelakangan ini. Kesan bunyi dan muzik filem ini juga mantap.

4. beberapa kelemahan kecil terlihat seperti dialog Pak Imam dalam keadaan biasa pun masih seperti orang berkhutbah.

5.sejak dulu lagi, susun dialog pelakon dalam filem Skop Productions agak 'rigid' dan selalu terikat dengan bahasa 'buku'. Saya harap pada masa depan, ia akan lebih 'natural' bagi disesuaikan dengan generasi masa kini.

6. Dari sudut lakonan, saya pernah meminta Syamsul fokuskan dulu minatnya kepada bidang pengarahan. Ini kerana bukan senang nak berlakon dan mengarah secara serentak. Bukan apa, bimbang nanti ada benda yang terlepas pandang.

7. Terus terang, dalam Khurafat, lakonan Syamsul masih lagi mendatar, cuma pada penghujung cerita ini baru tampak menonjol dengan babak sedih. Apapun sebagai langkah pertama untuk mempelbagaikan karya,

8.Skop Productions saya anggap sudah berjaya membuka tirai sinema kita dengan karya menarik. Ia tentu akan menjana minat penggemar filem di luar sana untuk terus menonton filem Melayu yang berderet-deret menunggu tayangan.

Tuesday, January 18, 2011

RANKING TERBARU FIFA (FEB 2011) - MALAYSIA KE-140





Salam kepada semua,


Kali ni aku nak pos berita yang agak gembira sikit lah kat korang semaua. Tengok tajuk korang pun dah tau pasal apa kan. Skuad Bola Sepak Kita Telah naik 4 anak tangga dari 144 ke 140 untuk Ranking Terbaru FIFA untuk bulan Feb 2011. Walaupun menjuarai Piala Suzuki AFF baru-baru ni, Ranking Skuad Bola Sepak Malaysia tak lah naik banyak, tapi tak apa lah, asalkan ada peningkatan.

Mengikut negara di Asia Tenggara Malaysia Berada Di ranking ke-4 terbaik selepas Thailand (121), Indonesia (129), Vietnam (134), namun begitu Malaysia berjaya memintas seteru utama iaitu Singapore yang berada di ranking 142.

Untuk TOP 10 pula adalah seperti berikut:

(1)Spain,(2)Netherlands,(3)Germany,(4)Brazil,(5)Argentina,(6)England,(7)Uruguay,(8)Portugal,(9)Croatia,(10)Greece

Untuk lihat senarai penuh Ranking FIFA untuk Feb 2011 klik link ni..
http://www.football-rankings.info/2011/01/fifa-ranking-february-2011-probable_14.html

Apa pun syabas kepada Skuad MALAYSIA atas peningkatan tersebut. Teruskan usaha anda untuk kejohanan yang akan datang.

LOVEMALAYSIA...TANAH TUMPAH DARAHKU..
Salam...

You Are My Destiny

You are my destiny
You share my reverie
You are my happiness
That's what you are

You have my sweet caress
You share my loneliness
You are my dream come true
That's what you are

Heaven and heaven alone
Can take your love from me
'Cause I'd be a fool
To ever leave you dear
And a fool I'd never be

You are my destiny
You share my reverie
You're more than life to me
That's what you are

You are my destiny
You share my reverie
You are my happiness
That's what you are

PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA / TEVT & ILKA LEPASAN SPM/SETARAF AMBILAN JULAI 2011






Salam kepada semua blogger dan pembaca,

Kali ni aku nak post beriata pulak khas kepada sesiapa yang terlibat dan berminat terutamanya pada rakan-rakan aku dan mereka yang baru selesai menduduki Peperiksaan SPM / STPM / SIJIL POLITEKNIK.

Ini kerana PERMOHONAN BAGI KEMASUKAN KE IPTA / TEVT & ILKA LEPASAN SPM/SETARAF AMBILAN JULAI 2011 TELAH DIBUKA. Sesiapa berminat boleh link ke laman web seperti yang tertera di bawah.

https://online.mohe.gov.my/upu/online1112/spm/index.html

http://www.politeknik.edu.my/webjan06/menu/index.asp

http://www.politeknik.edu.my/keputusanpermohonan/umum/menu.asp


Tarik permohonan bagi Kemasukan Ke UPU bermula 10 Januari hingga 4 April 2011

Tarik permohonan bagi Kemasukan Ke POLITEKNIK bermula 24 Febuari hingga 24 Mac 2011

Untuk mendaftar, anda perlu membeli NOMBOR PIN DI KAUNTER BSN yang berhampiran dengan rumah anda. Harga untuk UPU RM 10.50 dan untuk POLITEKNIK berharga RM 6.00.

Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Tinggalkan Link Anda Setelah Melawat Blog Ini. Terima Kasih.