Picture

Picture
Mohamad Rizal Zainal

Saturday, September 19, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.




20-9-09, ahad,

Di sini aku ingin mengucpkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepda semua bloger2 dan pengunjung blog ini. Aku ingin memohon maaf sekiranya aku pernah menyinggung hati-hati korang semua. Aku minta ampun dan maaf kat korang. Semoga Hari Raya ini menytupadukan kita dan menjadikan kita insane yang lebih baik. Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin.

daripda : MOHAMD RIZAL BIN ZAINAL (SMK SRI SENTOSA/ POLI SHAH ALAM.

Sunday, August 23, 2009

SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT..

ahad, 23-8-09,

SATU PENERBANGAN

Bilakah kita akan berangkat dari alam ini, (DUNIA) ianya ibarat penerbangan ke sebuah Negara lain iaitu KUBUR DAN AKHIRAT.

Di mana maklumat tentangnya,tidak terdapat dalam sebarang Brosur penerbangan,tetapi melalui Al-Qur an dan Al-Hadith.

Dimana penerbangan bukannya melalui AIR ASIA atau AIR JORDAN - tetapi Aljenazah.dimana bekalan kita bukan lagi BEG seberat 23 kg,tetapi amalan yang tiada caj lebihanberat,tetapi caj lebihan adalah atas kesudian PENCIPTA kita.

Di mana bajunya bukan PIERRE CARDIN, DUNHILL atau setaraf dengannya, tetapi kain kapas putih, di mana pewanginya bukan CHANNEL atau PACORABANE, tetapi air mawar dan cendana.

Di mana PASPORT kita bukan Malaysia, Indonesia, British, atau American, tetapi Al-Islam. Di mana visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan, tetapi selama-lamanya.

Dimana pelayannya bukan pramugari yang jelita, tetapi IZRAIL dan lain-lain.

Di mana layanan di dalamnya bukan lagi kelas bisness atau ekonomi,tetapi sekadar,kain yang di wangikan.

Di mana destinasi mendarat bukannya KLIA,HEATHROW AIRPORT, atau JEDDAH INTERNATIONAL, tetapi tanah PEKUBURAN. Di mana ruang menunggunya bukan lagi bilik aircond dan red carped, tetapi bilik 6 kaki dalam gelita.

Dimana pegawai imegresen, bukanlah pihak kastam, tetapi adalah MUNGKAR DAN NAKIR, mereka hanya memeriksa sama ada kita layak ke destinasi yang di idamkan,bukan DISNEYLAND, PARIS ATAU LONDON - tetapi sama ada SYURGA ATAU NERAKA.

Di mana lapangan terbang transit adalah AL- BARZAKH. Tidak memerlukan pegawai kastam dan alat pengesan , di mana destinasi terakhirnya adalah sama ada SYURGA yang mengalir sungai di bawahnya atau NERAKA JAHANNAM.

Penerbangan ini tidak di nyatakan nilainya……ianya percuma,jadi simpanan (savingsi) wang anda tidak akan di habiskan. Penerbangan ini tidak akan di rampas, oleh itu tidak perlu bimbang.

Sebarang sajian-tidak akan di sediakan,oleh itu takperlu risaukan masalah alergi atau halal haram makanan, jangan risaukan delays.

Penerbangan ini senantiasa tepat pada waktunya, ia berangkat dan tiba tepat pada masanya. Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan,anda telah hilang selera ber suka ria.

Jangan bimbang tentang tempahan,ianya telah siap ditempah sejak anda di senyawakan di dalam rahim ibu anda lagi.

Jangan bimbang siapa yang duduk di sebelah anda,anda adalah satu –satunya penumpang penerbangan ini.oleh itu bergembiralah selagi boleh dan sekiranya anda boleh.

HANYA INGAT !!!
PENERBANGAN INI DATANG TANPA AMARAN..

CUMA PERLU INGAT,NAMA ANDA TELAH DI TEMPAH UNTUK PENERBANGAN INI.

ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT ?
SUDAKAH ANDA BER SEDIA UNTUK PENERBANGAN INI?

Fadilat Solat Sunat Tarawikh Bulan Ramadan..

sabtu, 23-8-09,

Di riwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat tarawih pada bulan Ramadan:

Malam 1:
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2:
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang tarawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).
Malam 3:
Berseru Malaikat di bawah 'Arasy' supaya kami meneruskan sembahyang tarawih terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4:
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5:
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam 6:
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma'mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
Malam 7:
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi 'Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fi'raun dan Hamman.
Malam 8:
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim 'Alaihissalam.
Malam 9:
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhamad S.A.W.
Malam 10:
Allah Subhanahuwata'ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan akhirat.

Malam 11:
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Malam 12:
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13:
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14:
Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang tarawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15:
Semua Malaikat yang menanggung 'Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakan supaya Allah mengampunkan.
Malam 16:
Allahsubhanahuwata'ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17:
Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam 18:
Seru Malaikat: Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).
Malam 19:
Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20:
Allah kurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21:
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam 22:
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).
Malam 23:
Allah subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.
Malam 24:
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang bertarawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
Malam 25:
Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.
Malam 26:
Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27:
Allah kurniakan orang bertarawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28:
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam 29:
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30:
Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang bertarawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: "Hai hambaKu: Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama 'Al-Kauthar"."

Saturday, August 22, 2009

H1N1- OPSS POLI AKU KENA TUTUP..

sabtu, 22-08-09,

Erma pa lah nak jadi..
H1N1 punye pasal poli aku nak kena tutup..
Tapi tak tau lah jadi atau tak..
Sebabnya Sultan Selangor nak dating minggu depan..
Kalau jadi tutupa terpaksa lah Sultan batalkan lawatan..
Erm aku dengar seorang budak JKM (Jabatan Kejuruteraan Makanikal) ada kene..
Tapi tak pasti lagi lah betul ke kena H1N1 tu..
Aku arap tak lah..

Kakak kawan aku pun jadi mangsa H1N1..
Hari ahad lepas (16-8-09),
Dia ada kanser paru-paru..
Sampai kat hospital je..
Doktor kate dia kena H1N1..
Tapi member aku kata..
Kakak dia kena H1N1 tu sebab dia gi hospital kerajaan..

Member aku kata jangan lah gi hospital..
Sebab kat hospital tu lah yang adanya penyakit H1N1..
Tak caye..
Korang gi lah..
Insya-ALLAH korang kena..
Opss sorry..
Bukan doakan tapi korang pikirlah sendiri.
Apa pun aku sentiasa doakan,
Semoga kita semua dijauhkan dari penyakit H1N1 tu..
Takziah untuk Keluarga Khairil Anuar (SKE2A)
Semoga kakak dia dicucuri rahmat..

Al-FATIHAH…

Thursday, August 20, 2009

HOT FM 1 MALAYSIA..


Aku tertarik dengan Pertandingan Hot Fm 1 Malaysia yang dianjurkan Radio No 1 Malaysia.. Kat situ ada 10 lagu yang dipertandingkan.. Tapi lagu yang paling aku minat sekali lagu “Keranamu Hati Ku Malaysia” dari kumpulan Manis.. Lagu ni mamang menunjukkan kita orang Malaysia yang bersatu padu tanpa mengira kaum.. Aku pun vote lah lagu ni.. Aku arap lagu ni yang akan menang nanti.. Korang jangan lupa vote lagu pilihan korang k.. Aku dah vote, korang bila lagi.. Layari http://www.hotfm.com.my untuk keterangan lanjut..


Keranamu Hati Ku Malaysia-Manis.
Lagu / Lirik : Lead
Kaulah wiraku yang berbakti untuk negara yang tercinta ini
Kamilah generasi baru yang akan menerajui perjuangan impian yang pasti

Dan kini kau menjadi lagenda hidupku
Berjanji kami bersatu padu
Agar sentiasa mengharumkan namamu

Oh Malaysia tanah airku yang tercinta
Rela kami korbankan segalanya
Jiwa raga dan juga harta benda
Keranamu hatiku Oh Malaysia
Tanah airku yang tercinta
Berikan kami kekuatan untuk
Manuju puncak gemilang
Menuju puncak terbilang
Manuju puncak gemilang
Menuju puncak terbilang

Kaulah wiraku yang berbakti untuk negara yang tercinta ini
Kamilah generasi baru yang akan menerajui perjuangan impian yang pasti

Dan kini kau menjadi lagenda hidupku
Berjanji kami bersatu padu
Agar sentiasa mengharumkan namamu

Oh Malaysia tanah airku yang tercinta
Rela kami korbankan segalanya
Jiwa raga dan juga harta benda
Keranamu hatiku Oh Malaysia
Tanah airku yang tercinta
Berikan kami kekuatan untuk
Manuju puncak gemilang
Menuju puncak terbilang
Manuju puncak gemilang
Menuju puncak terbilang

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN AL-MUBARAK..

Tak sangka bulan Ramadan dah tiba semula..
Esok dah start puasa (21-8-09)..
Aku rasa macam tak percaya je..
Cepat betul masa berlalu..
Dalam bulan puasa ni mesti korang pikir 1 benda je kan..
Korg pikiir kena puasa..
Mesti lapar kan..
Nanti ada je orang yang mengaku gastric lah tu lah..
Yelah alas an nak ponteng puasa..
Aku pun penah buat jugak dulu..
Huhuhu..
Yelah masa ttu kecik lagi..
Tapi sekarang baru aku sedar..
Bulan puasa tu banyak keberkatan..
Bukan setakat puasa je..
Sembahyang Terawikh pun ada tau..
Bestnye…
Rugi kalau korang tak buat..
Setahun sekali je..
Tapi yang paling best time buka..
Kenapa best ye..
Sebab dapat gi bazaar Ramadan..
Best tau..
Sebab banyak makanan..
Tak caya???
Gi lah sendiri…
Tahun ini Sultan Selangor nak dating poli aku..
Kitorg buat Majls Berbuka Puasa..
Tarikh tak atu..
Nanti aku bagi tau lah kat korang..
K Selamat Berpuasa…

Wednesday, August 19, 2009

ROKOK, DADAH, ARAK? BETUL KE HARAM?

Asalammulaikum,

Kali ni aku nak cerita sikit pasal rokok, dadah, arak.. Aku ada soalan bodoh nak tanya kat korang, betul ke benda-benda itu haram.. Ermm korang mesti tau jawapannya kan.. Takkan tak tau lagi kot... Takpe lah aku bagi tau jawapannya.. Ye, arak dan dadah memang haram.. Kenapa tak percaya lagi ke.. Dua benda itu memang tertulis kat dalam al-Quran. So jangan kita pertikaikan lagi. Tapi yang masalahnya sekarang rokok.. Rokok itu haram ke.. Baru-baru ini dalam satu Majlis Fatwa Kebangsaan yang diadakan pada Febuari 2009 telah memfatwakan rokok sebagai Haram.. Berikut antara petikan yang diucapkan oleh Mufti tersebut.

“Kami Majlis Fatwa Kebangsaan telah berbincang dan membuat keputusan, untuk menfatwakan rokok sebagai haram kerana ianya boleh merosakan badan dan ia juga sebagaimana keputusan kami memfatwakan bahawa yoga sebagai haram.”

(Teks ucapan itu aku ubah sikit supaya korang semua faham).

So korang dah tahukan apa hokum menghisap rokok sekarangkan. Tapi yang jadi persoalannya, kenapa rokok masih dijual secara terbuka.. Sebab satu je, sebab nak kaya..
Kerajaan pula kutip untung atas cukai rokok dan arak.. Ermm susah lah macam ini. Kalau macam itu memang payah lah nak haramkan rokok kat Malaysia ini. Kalau orang bukan islam yang hisap rokok aku tak kisah sangat, tapi antara bangsa yang paling ramai hisap rokok ialah orang melayu. Tak kira muda, tua, remaja, budak sekolah pun ada.. Aku bukan nak buruk-burukkan bangsa aku sendiri tapi susah lah nak bagi nasihat kat diorang itu.. Cuma satu je aku nak cakap kat bangsa-bangsa aku ini. Korang ye,ye cakap “BOIKOT BARANGAN YAHUDI” sambil tangan hisap rokok.. Kat tangan itu apa.. Bukan barang yahudi??

Aku bukan apa Cuma nak bagi nasihat kat korang yang hisap rokok supaya berhenti merokok.. Itu je, so aku arap korang tak marah lah apa aku kata. Itu baru ceriat rokok, belum dadah lagi.. Dadah tak yah lah cerita.. Orang melayu lagi POWER, tapi yang untung bangsa lain sebab diorang cuma jual je.. Yang hisap tak banyak.. Itu lah cerdiknya bangsa lain. Itu lah kekurangan kita yang diketogerikan “kurang cerdik”.
Arak pulak ermm.. nak tengok orang melayu beli pergi kat 7-Eleven.. Kompem ada orang melayu yang beli..

K lah malas aku nak cerita lebih-lebih.. Korang semua dah besar dan sepatutnya dah paham. So aku arap dan doakan korang semua dapat berhenti merokok dan jangan pernah belajar menghisap rokok kerana kandungan dalam sebatang rokok mempunyai banyak benda-benda beracun.. Benda apa?? Korang cari lah sendiri.. Cuma aku tertarik dengan ungkapan yang ustaz aku cakap:,

“daripada kita hisap rokok, dadah, arak atau berzina, lebih baik kita beli seekor babi, peluk dan makan babi itu.. sebab dosa yang kita buat (hisap rokok, dadah,arak dan zina) itu sama dengan dosa kita makan babi.. sebab makan babi berdosa sebab dia haram.. rokok, arak, zina pun haram dan berdosa besar.”
Nak berhenti daripada rokok, dadah dan arak susah?? Sapa kata susah.. Kalau kita ada usaha pasti boleh kecuali kita sering fikir TAK, TAK BOLEH, atau SUSAHLAH..
Jadi ingat lah ALLAH sentiasa melihat dan menguji kita semua.. Yang baik datang dari ALLAH, yang buruk selalunya datang dari kita…

Asalammulaikum…

Saturday, August 15, 2009

Saingan Liga Domestik Eropah Kini Bermula..

Start minggu ni saingan bola sepak eropah seperti EPL, La Liga, Serie A, dan liga lain akan memulakan kampen liga masing-masing.. Yang pasti, EPL dan La Liga pasti mendapat perhatian apabila kelab-kelab elit dalam liga tersebut membeli pemain-pemain yang terhebat pada masa kini..

Paling menarik semestinya tiga pasukan termahal dunia iaitu Real Madrid, Manchester City dan Manchester United.. Real Madrid (Galactico) bersama Presiden, Florentino Perez telah membawa masuk bintang terbaik dunia seperti Cristiano Ronaldo, Kaka, Xabi Alonso, dan Karim Benzema dengan nilai perpindahan termahal..

Namun sebuah kelab lagi iaitu Manchester City bersama Pengurusnya Mark Hughes, membawa masuk Kolo Toure, Emmanuel Adebayor, Carlos Tevez, Roque Santa Cruz, Stuart Taylor dan Gareth Barry..

Bagi Manchester United pula mereka hanya mendapatkan khidmat Michael Owen, Antonio Valencia dan Gabriel Obertan bagi memantapkan pasukan setelah mereka kehilangan khidmat Ronaldo dan Tevez..

Namun bagi kelab-kelab lain, walauun mereka gagal atau kehilangan pemain bitang mereka pastinya kelab-kelab terbabit akan mempamirkan aksi sebenar mereka setelah saingan liga bermula kelak..

Yang pasti di Liga Belanda, PSV, Ajax akan bersaing sesama sendiri begitu juga dengan Liga Scotloand, Celtic dan Glasco Rengers akan bersaing untuk kedudukan 1 & 2..

Bagi Serie A pula tumpuan kepada 4 pasukan teratas liga iaitu Juventus, AS Roma, AC Milan dan Inter Milan.. Inter mempunyai kelebihan dengan kehadiran Samuel Eto’o dan malang bagi Ac Milan, kerana kehilangan Kaka..

La Liga musim ini pasti menarik kerana mampukah Barcelona, Vilareal, dan Valencia menghalang Real Madrid daripada membolot semua piala domestic dan eropah musim ini.. Tapi yang pasti pasukan-pasukan ini yang akan menguasai La Liga musim ini..

Tapi yang paling mencuri perhatian sekali, pastinya EPL.. Adakah Chelsea ataupun Liverpool mampu menyekat kehebatan Manchester United daripada berkuasa di EPL..
Adakah pembelian pemain-pemain terbaik dunia oleh Manchester City mampu menggugat tradisi 4 pasukan terbaik EPL musim lepas.. Mampukah pemain muda, Arsenal ataupun Everton mahupun Spurs mampu mencabar musim ini..

Semuanya akan terjawab apabila musim saingan liga eropah bermula nanti..

Hentikan Perbalahan.. Tingkatkan Perpaduan.. Tangani H1NI..

Hari-hari aku dengar cite pasal perbalahan...
Isu agama, politik, mahupun perkauman…
Arak, Rokok, Rasuah, Babi..
Semua ada…
Pelik lah…
Kenapa sesame bangsa..
Agama, kaum pun nak gaduh..
Macam budak-budak je lah..

Cubalah kalau ada satu hari..
Aku nak tengok..
Kita semua Bersatu..
Berganding bahu, hidup saling bantu-membantu..
Tanpa mengira,,,,
Agama, Bangsa, Kaum, Umur, Jantina..
Boleh tak…

BOLEH TAK…

H1NI..
Semua orang takut..
Kenapa semua orang takut..
Sebab semua ntakuk mati lah..
Sekarang ini dah banyak nyawa terkorban..
Kan bagus kalau semua orang bersatu..
Bersatu tangani H1NI..
Kan bagus..
Daripada cakap benda-benda kosong..
Buang masa je…

Tuesday, May 26, 2009

BULAN…

Pernah,
Kau pancarkan cahaya purnama,
Dari luar angkasa,
Hingga aku hampir gila,
Dalam merangkul cinta…

Hanya untuk mengintip,
Ku terbang ke langit,
Luka sayap ku bawa berlari,
Dan darah ku berciciran ke bumi…

Tiba-tiba,
Sang angina berkata;
“Terimalah hakikat,
kau hanya pungguk yang takkan
pernah mampu memikat…”

Duhai,,,
Aku lebur bagai phoenix,
Yang takkan bangkit kembali…

Bulan,,,
Bisakan kau mematikan segala rasa ini?
Kerana aku masih perih,
Mendengar melodi,
Yang tak mungkin aku miliki…

Diriku tanpa dirimu,
Umpama phoenix yang mencari bulan…
Inilah cara diriku….


Sajak ni kawan aku yang tulis khas untuk awek dia masa form 4..

SIAPALAH AKU DI SISINYA….

Hati ini tidak bisa,
Mengerti hati resah seorang sahabat,
Jiwa ini tidak mampu,
Mendengar getar gelisah seorang rakan,
Naluri ini tiada terdaya,
Meneladani naluri gundah seorang kawan,
Mata ini gagal mentafsir,
Renungan benci seorang teman…

Siapalah aku di sisinya,
Kehadiranku tiada makna,
Tiada kepentingan, tiada keistimewaan,
Siapalah aku di sisinya,
Bukan pilihannya sebagai teman setia,
Tidak layak berada di sampingnya,
Siapalah aku di sisinya,
Hanya baying kelam,
Tanpa wajah, tanpa kenangan…

Bila aku berbicara dia membisu,
Bila aku memujuk dia berpaling,
Bila aku hampir dia meminggir,
Sudahnya dia pinta aku menjauh…

Kalau itu pintamu teman,
Aku reda, aku akur,
Maka aku mohon permisi,
Biarlah aku menyepi dari laman hatimu,
Kerana aku sedar kini,
Kehadiranku di sisimu,
Rupanya tidak diperlukan,
Terima kasih teman atas secebis kemeseraan lalu..
Tinggllah teman, tinggallah kenangan,
Siapalah aku di sisinya….

LAYAKKAH AKU…

Layakkah aku di sampingnya,
Kerana aku hanya pungguk,
Dirinya bulan purnama…

Layakkan aku di sisinya,
Kerana aku hanya manusia biasa,
Dia insan mulia...

Layakkah aku bersamanya,
Kerana aku orang biasa,
Dirinya pula siswa berjaya…

Layakkah aku..,
Layakkah aku dengannya..,
Mungkin ya, mungkin tidak,
Layakkah aku mencintainya,
Mungkin tidak, atau tidak…

Adakah ini semua salah aku,
Bukan salah dirinya,
Kerana diriku tidak sempurna,
Seperti mana yang dia impikan…

Eeeemm..,
Apalah aku ini..,
Mengapa kini baru aku sedar..,
Yang sebenarnya Cinta Itu Bersyarat..,
Wanita zaman ini ingikan kemewahan,
Adakah aku mampu membahagiakannya...,
Mungkin tidak..,
Kerna aku tidak mampu,
Siapalah aku ini…

Namun andainya dirim sudah punya pengganti,
Ku doakan dirimu bahagia dengan dirinya,
Kerana itulah yang terbaik untuk dirimu,
Biarlah diriku pergi sejauh mungkin,
Untuk melupakan dirimu..,
Kerana..,
Aku Tidak Layak di Sisinya….


Mohamad Rizal Zainal.
26-5-09…

Saturday, May 9, 2009

Selamat Hari Ibu...

Kek Hari Ibu Untuk Mak Aku...


Kali ini aku xnak cite panjang2 kat blog ni.. Aku cuman nak ucapkan Selamat Hari Ibu kat mak aku... Thnkz sebab jaga n membesarkan aku selama ni.. Jasa baik mak x dapat adik balas.. Terima kasih mak.. I Love U.... ha korang jangan lupa wish kat mak/ibu korang plak ye.. Hargailah dia selagi dia masih ada.. Kt bertuah sebab masih ada ibu/mak... mereka yang sudah tiada mak/ibu pasti akan merindui mak/ibu mereka.. Apa pun Happy Mother Day's kat semua Ibu-ibu kat Malaysia ni... Peace!!!

Wednesday, May 6, 2009

MALAYSIA FC vs MANCESTER UNITED... Masih Ada Yang SAYANG!!!!!

Erm seperti yang korang tau skuad Kebangsaan kita akan lawan dengan MU pada 18-07-09(sama dan brithday shafiq).. Aku bukan apa saja je nak bincang dengan korang Agak-agak sapa yang akan menang.. MU or MALAYSIA.... Aku rasa korang pun tau jawapannya... Korang boleh post komen pasal skor pasukan mana yang menang... Tapi aku arap masih ada yang akan sokong skuad kebangsaan.. Sebab aku percaya MASIH ADA YANG SAYANG KAT SKUAD MALAYSIA.. so support lah kat Liga M dan EPL.. hahaha...
Lupa pulak nak cakap... Buat penyokong Liverpool jangan arap korang boleh menang EPL..
Sb MU yg akan menang EPL n Liga Juara Eropah.. PEACE.. majulah sukan untuk Malaysia...

18-05-09 Hingga 25-05-09.. Hari Penting...

Asalammulaikum kat semua blogger. Sorry sebab dah lama aku tak chat dengan korang semua.
Kali ni aku nak cite kat korang pasal tarikh kat atas tu... Erm sebenarnya aku akn buat Final Exam Semester ni.. Walaupun hanya 4 paper n 6hari je exam bagi aku mcan nak giler.. Yelah mana taknya korang yang kat Kolej Komuniti or PTPL senang lah.. PB dan PA korang 60-40..
Klu buat assigment je pun boleh lulus kalau tak gi Final Exam pun TAK PE!!!
Aku pulak kat Politeknik ni PB dan PA 50-50.. so kenalah skor kat PA.. Nk arap PB xyah lah.. Ujian pun cukup-cukup makan je.. Pepun aku arap n doakan kat korang semoga korang dapat result yang baik... 4.0 bkn 2.0...
Wasalam..

Thursday, March 19, 2009

PPSMI…. Isu, Pendidikan atau Politik???

Erm dah letih sangat aku dengar orang bercerita pasal PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains, Matamatik dalam Bahasa Inggeris) ni. Sampai bosan dibuatnya mengengar caci maki dia orang. PPSMI ini bermula sejak tahun Jan 2003 yang mana pelajar yang lahir pada tahun 1990 ke atas (temasuk aku lah) wajib belajar matamatik dan sains dalam bahasa inggeris bermula dari tingkatan satu sampai SPM (Tingkatan lima lah). Dalam masa lima tahun itu, aku belajar matamatik dan sains dalam bi dan aku dapati agak sukar nak memahami dua subjek itu kerana bi aku kureng sikit. Namun disebabkan kerajaan membenarkan dua subjek itu dijawab dalam dwibahasa maka aku mendapat result yang boleh lah sikit (lulus lah tu). Bagi aku (selepas mendapat result) dua subjek itu tak lah terlalu sukar tapi lebih baik kalau kerajaan membenarkan diwbahasa dalam dua subjek itu agar pelajar lebih memahami subjek tersebut.

Tapi yang menjadi persoalannya sekarang, mengapa pula PPSMI menjadi isu yang boleh mencetuskan ketegangan dalam negara. Sampai ada yang buat demontrasi jalanan sebab nak hantar memorendum bantahan PPSMI. Kenapa perlu buat demontrasi jalanan, ia bukan budaya kita, Kenapa tak hantar dengan cara baik. Adakah ini ada kenemengena dengan keadaan politik negara kita yang makin “panas”. Itu aku tak boleh cakap, korang fikir lah sendiri…

Tapi yang lebih pelik, Kenapa sekarang baru nak beria-ia nak bersuara, maki sana, maki sini last-last GPMS (Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung) jugak yang kena. Kenapa tak dari dulu lagi buat macan ini. Dah 6 tahun baru nak jadi isu. Fikir lah, Kerajaan dah habis berjuta-juta ringgit untuk bekalkan buku kepada semua pelajar sekolah. Bukan seringgit dua, tapai berjuta ringgit yang telah dihabiskan. Kita sebagai orang melayu perlu berusaha untuk berjaya dalan pendidikan sama seperti bangsa lain. Jangan kata kita orang kampung tak boleh, ramai orang kampung yang telah berjaya dapat keputusan yang bagus, 20A pun ada juga. Renung-renungkan lah…

Kat sini aku juga nak bagi cadangan kepada kerajaan (kot-kot ada orang yang berkenaan baca).

i-Kekalkan pengajaran matamatik dan sains dalam bahasa inggeris tapi ia perlu diajar dalam diwbahasa agar semua pelajar paham.

ii-Benarkan pelajar menjawab matamatik dan sains dalam diwbahasa pada peperiksaan utama seperti SPM, PMR, dan UPSR.

Dengan cara itu, aku arap agar isu PPSMI tidak akan menjadi isu lagi. Dan aku harap agar pelajar lain akan lebih menguasai bi kerana bi merupakan bahasa pengantar di IPT dan cabaran yang lebih desar menanti kita di sana, dan aku telah pun merasai tempiasnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Tinggalkan Link Anda Setelah Melawat Blog Ini. Terima Kasih.