Picture

Picture
Mohamad Rizal Zainal

Sunday, August 23, 2009

SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT..

ahad, 23-8-09,

SATU PENERBANGAN

Bilakah kita akan berangkat dari alam ini, (DUNIA) ianya ibarat penerbangan ke sebuah Negara lain iaitu KUBUR DAN AKHIRAT.

Di mana maklumat tentangnya,tidak terdapat dalam sebarang Brosur penerbangan,tetapi melalui Al-Qur an dan Al-Hadith.

Dimana penerbangan bukannya melalui AIR ASIA atau AIR JORDAN - tetapi Aljenazah.dimana bekalan kita bukan lagi BEG seberat 23 kg,tetapi amalan yang tiada caj lebihanberat,tetapi caj lebihan adalah atas kesudian PENCIPTA kita.

Di mana bajunya bukan PIERRE CARDIN, DUNHILL atau setaraf dengannya, tetapi kain kapas putih, di mana pewanginya bukan CHANNEL atau PACORABANE, tetapi air mawar dan cendana.

Di mana PASPORT kita bukan Malaysia, Indonesia, British, atau American, tetapi Al-Islam. Di mana visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan, tetapi selama-lamanya.

Dimana pelayannya bukan pramugari yang jelita, tetapi IZRAIL dan lain-lain.

Di mana layanan di dalamnya bukan lagi kelas bisness atau ekonomi,tetapi sekadar,kain yang di wangikan.

Di mana destinasi mendarat bukannya KLIA,HEATHROW AIRPORT, atau JEDDAH INTERNATIONAL, tetapi tanah PEKUBURAN. Di mana ruang menunggunya bukan lagi bilik aircond dan red carped, tetapi bilik 6 kaki dalam gelita.

Dimana pegawai imegresen, bukanlah pihak kastam, tetapi adalah MUNGKAR DAN NAKIR, mereka hanya memeriksa sama ada kita layak ke destinasi yang di idamkan,bukan DISNEYLAND, PARIS ATAU LONDON - tetapi sama ada SYURGA ATAU NERAKA.

Di mana lapangan terbang transit adalah AL- BARZAKH. Tidak memerlukan pegawai kastam dan alat pengesan , di mana destinasi terakhirnya adalah sama ada SYURGA yang mengalir sungai di bawahnya atau NERAKA JAHANNAM.

Penerbangan ini tidak di nyatakan nilainya……ianya percuma,jadi simpanan (savingsi) wang anda tidak akan di habiskan. Penerbangan ini tidak akan di rampas, oleh itu tidak perlu bimbang.

Sebarang sajian-tidak akan di sediakan,oleh itu takperlu risaukan masalah alergi atau halal haram makanan, jangan risaukan delays.

Penerbangan ini senantiasa tepat pada waktunya, ia berangkat dan tiba tepat pada masanya. Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan,anda telah hilang selera ber suka ria.

Jangan bimbang tentang tempahan,ianya telah siap ditempah sejak anda di senyawakan di dalam rahim ibu anda lagi.

Jangan bimbang siapa yang duduk di sebelah anda,anda adalah satu –satunya penumpang penerbangan ini.oleh itu bergembiralah selagi boleh dan sekiranya anda boleh.

HANYA INGAT !!!
PENERBANGAN INI DATANG TANPA AMARAN..

CUMA PERLU INGAT,NAMA ANDA TELAH DI TEMPAH UNTUK PENERBANGAN INI.

ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT ?
SUDAKAH ANDA BER SEDIA UNTUK PENERBANGAN INI?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Tinggalkan Link Anda Setelah Melawat Blog Ini. Terima Kasih.