Picture

Picture
Mohamad Rizal Zainal

Wednesday, January 19, 2011

FILEM KHURAFAT - FILEM SERAM TERBAIK DI MALAYSIA

Salam kepada semua blogger dan pembaca,

Kali ini aku nak cerita pasal Filem yang Paling Panas di pawagam sekarang. PANAS bukan kerana kontrolversi tapi PANAS sebab orang kata Filem Seram yang Paling Seram yang pernah dibuat di Malaysia. Betul Ke..tapi kalu mengikut perangkaan kutipan secara kasar, Filem Kurafat memperoleh hampir 4Juta dalam masa 4 hari tayangan bermula dari 13 jan 2011. Kalau betul, hebat. Mesti ceritanya terbaik dari cerita lain. so aku pun rasa nak tengok jugak cerita ni. Kawan-kawan aku kata cerita ni terbaik,dan xrugi kalau tengok. So apa tunggu lagi, rembat tiket wayang Filem Khurafat yang tengah panas bak "pisang goreng ni" di pawagam yang berhampiran dengan anda.



Filem Khurafat – Perjanjian Syaitan ini dibintangi oleh pelakon seperti Syamsul Yusof, Liyana Jasmay, Sabrina Ali, Salina Saibi, Fauziah Nawi, Latif Borgiba dan ramai lagi.


Sinopsis Filem Khurafat

“KHURAFAT-Perjanjian Syaitan” mengisahkan perjanjian terlarang, persekongkolan antara manusia & syaitan.Satu bentuk penyelewengan yang nyata dalam Aqidah Islam dan amat ditegah dalam Agama.Manusia, disogok dengan nafsu serakah dan dendam membara, tanpa mengira akibat dan bahana, rela membelakangkan Allah untuk memperoleh apa yang dicita walau dengan apa cara, akhirnya hanyut dengan bisikan dan tipu daya syaitan durjana.

Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Perubatan di sebuah hospital kerajaan. Dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Ayshah. Seawalnya pasangan ini hidup aman & bahagia, namun tanpa disangka ujian melanda di pertengahan jalan, kesan daripada ‘gangguan misteri’ yang berterusan.

Dalam pada masa gangguan-gangguan itu, hadir pula seorang perempuan tua yang tidak Johan kenali namun sering menyapa dan cuba mendekati Johan sewaktu di tempat kerja. Tanda tanya dan trauma yang melanda Johan & Ayshah tidak habis di sana, malah ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan yang bernama Anna.Walaupun setelah mengetahui Johan sudah berumah tangga dan bergelar suami yang sah pada Ayshah, Anna masih terus mengganggu dan merayu untuk menerimanya semula. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing dan bertekad untuk mempertahankan rumah tangganya dengan segala daya.

Tidak lama setelah berkali-kali ditolak cintanya, Anna ditemui mati;bunuh diri. Kematian Anna adalah kemuncak bagi segala siri kejadian misteri yang berlaku dalam hidup Johan & Ayshah.

Apa yang menghantui dan menggangu Johan & Ayshah sebenarnya? Adakah ini semua hanya halusinasi dan gangguan minda mereka atau adakah ini semua merupakan petanda-petanda bagi merungkai jawapan bagi semua persoalan mereka?

Segalanya akan terjawab bila anda menyaksikan “KHURAFAT-Perjanjian Syaitan” yang akan ditayangkan serentak di pawagam seluruh Malaysia pada 13 Januari 2011.


Berikut adalah komen penonton setelah menyaksikan Filem Khurafat:

1. saya sukakan 'twisted plot' yang Syamsul rancangkan untuk filem ini.

2. Konsep penamatnya seperti sebuah filem Hollywood yang mungkin pernah anda tengok sebelum ini. Namun ia berjaya diolah bagi disesuaikan dengan jalan cerita Khurafat yang turut dilakonkan Sabrina Ali, Liyana Jasmay, Salina Saibi dan Fauziah Nawi.

3. Saya suka dengan paparan lembaga hantunya yang tidak terlalu jelas dengan solekan mata merah biji saga. Ia lebih menakutkan berbanding kebanyakan filem seram kita kebelakangan ini. Kesan bunyi dan muzik filem ini juga mantap.

4. beberapa kelemahan kecil terlihat seperti dialog Pak Imam dalam keadaan biasa pun masih seperti orang berkhutbah.

5.sejak dulu lagi, susun dialog pelakon dalam filem Skop Productions agak 'rigid' dan selalu terikat dengan bahasa 'buku'. Saya harap pada masa depan, ia akan lebih 'natural' bagi disesuaikan dengan generasi masa kini.

6. Dari sudut lakonan, saya pernah meminta Syamsul fokuskan dulu minatnya kepada bidang pengarahan. Ini kerana bukan senang nak berlakon dan mengarah secara serentak. Bukan apa, bimbang nanti ada benda yang terlepas pandang.

7. Terus terang, dalam Khurafat, lakonan Syamsul masih lagi mendatar, cuma pada penghujung cerita ini baru tampak menonjol dengan babak sedih. Apapun sebagai langkah pertama untuk mempelbagaikan karya,

8.Skop Productions saya anggap sudah berjaya membuka tirai sinema kita dengan karya menarik. Ia tentu akan menjana minat penggemar filem di luar sana untuk terus menonton filem Melayu yang berderet-deret menunggu tayangan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Tinggalkan Link Anda Setelah Melawat Blog Ini. Terima Kasih.