Picture

Picture
Mohamad Rizal Zainal

Friday, January 21, 2011

MALAYSIA KE PIALA DUNIA 2030..






Salam kepada semua bolgger,

Malaysia Ke Piala Dunia 2030, betul ke..Macam tak percaya je..Tapi itu tak mustahil dan mampu direlisasikan sekiranya Hak Tuan Rumah Piala Dunia 2030 menjadi milik Negara Asean. Namun begitu, semua Negara Asean pastinya mahu menjadi wakil Pasaukan Tuan Rumah. Sekiranya ia menjadi kenyataan maka Kesemua Negara Asean (11 Negara) akan menyertai Piala Dunia 2030 yang hanya boleh disertai oleh 32 Buah Negara sahaja.

Oleh itu, ianya tidak adil bagi Negara2 lain Kerana Negara Asia akan diwakili oleh 14 Pasuakn dan baki 18 slot lagi di isi oleh Negara2 lain. Maka dengan itu pastinya hanya 1 Negara Asean sahaja yang layak mewakili Negara Tuan Rumah 2030. Bagi memilih Negara yang akan mewakili Asean sebagai wakil Tuan Rumah Piala Dunia 2030, Kejohanan Piala Suzuki AFF akan menjadi penentunya. Ini kerana Juara Piala Suzuki AFF 2029 akan secara automatik menjadi wakil Negara Asean. Adilkan, maka semua Negara Asean perlulah menyediakan Skuad Bola Sepak mereka yang paling kuat menjelang Kejohanan Piala Suzuki AFF 2029. Namun realitinya hanya adakan terlaksana sekiranya Bidaan Piala Dunia 2030 menjadi milik Negara Asean.

Jadi tidak mustahil bagi Negara Kita Malaysia mampu bertanding Pada Piala Dunia 2030 di Bumi Asean dan mungkin juga di Malaysia sendiri. Oleh itu, aku harap FAM dapat mempertimbangkan pujukan Negara2 Asean lain bagi Menyokong Bidaan untuk Piala Dunia 2030 di Bumi Asean. Mana lah tau, ianya menjadi Kenyataan. Malah kalau ada rezeki, Pasukan Malaysia juga boleh beraksi kelak sekiranya mendapat tiket automatik selaku Juara Piala Suzuki AFF 2029 kelak.. Segalanya mungkin bagi kita, sekiranya kita berusaha gigih dan memantapkan pembangunan Sukan Bola Sepak Kebangsaan. Kita Mampu Merintis Kemungkinan, inilah peluang Kita untuk beraksi Di Pentas Akhir Piala Dunia. Jangan sia2kan rezeki yang berada di depan mata. Kerana aku yakin kita mampu lakukannya. Kita Boleh, Malaysia Boleh..

LoveMalaysia, Tanah Tumpah Darah KU..

Salam...

(P/S: Kalau lah impian di atas menjadi realiti, aku rasa setiapn kali perlawanan yang melibatkan Malaysia, Pasti Ada CUTI UMUM. MENANG PIALA SUZUKI AFF 2010, DAPAT CUTI 1 HARI, KALAU MENANG PIALA DUNIA, DAPAT CUTI 7 HARI, DOA SELAMAT, 7 HARI 7 MALAM, DAPAT DUIT HADIAH 7 JUTA, DAN BERARAK TUNJUK PIALA 7 BULAN. KORANG JANGAN GELAK.. Segalanya Mungkin Jika Kita Berusaha)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Tinggalkan Link Anda Setelah Melawat Blog Ini. Terima Kasih.