Picture

Picture
Mohamad Rizal Zainal

Friday, February 18, 2011

PANADOL MERBAHAYA??? BETUL KE???


Salam kepada semua blogger dan pembaca..

Kali ini aku nak kongsi berita mengenai Bahayanya Panadol..Nak tau baca artikal dibawah ini..pas 2 korang fikir2kan lah fakta ini..Nak percaya atau tak terpulang..Bukan nak buruk2kan Panadol tapi untuk mencari kebenaran je..apa2 kalu rase tak puas ati adat ada pendapat lain, boleh komen kat bawah nanti k...

JANGAN AMBIL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK)


Panadol Activefast untuk melegakan Sakit Kepala

UNTUK PENGETAHUAN, ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya…

“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol.. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.



Panadol Soluble untuk Selesema

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.


Minumlah 100Plus ini..lagi bagus...


Tak pun minum Revice Istonic ni..

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.

P/S: Fakta yang kat atas ni aku perolehi, dari blogger yang boleh dipercayai...So terpulang kat korang nak percaya atau tak..Tepuk Dada, Tanya Hati..Pikirlah Sendiri...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Tinggalkan Link Anda Setelah Melawat Blog Ini. Terima Kasih.