Picture

Picture
Mohamad Rizal Zainal

Tuesday, May 26, 2009

LAYAKKAH AKU…

Layakkah aku di sampingnya,
Kerana aku hanya pungguk,
Dirinya bulan purnama…

Layakkan aku di sisinya,
Kerana aku hanya manusia biasa,
Dia insan mulia...

Layakkah aku bersamanya,
Kerana aku orang biasa,
Dirinya pula siswa berjaya…

Layakkah aku..,
Layakkah aku dengannya..,
Mungkin ya, mungkin tidak,
Layakkah aku mencintainya,
Mungkin tidak, atau tidak…

Adakah ini semua salah aku,
Bukan salah dirinya,
Kerana diriku tidak sempurna,
Seperti mana yang dia impikan…

Eeeemm..,
Apalah aku ini..,
Mengapa kini baru aku sedar..,
Yang sebenarnya Cinta Itu Bersyarat..,
Wanita zaman ini ingikan kemewahan,
Adakah aku mampu membahagiakannya...,
Mungkin tidak..,
Kerna aku tidak mampu,
Siapalah aku ini…

Namun andainya dirim sudah punya pengganti,
Ku doakan dirimu bahagia dengan dirinya,
Kerana itulah yang terbaik untuk dirimu,
Biarlah diriku pergi sejauh mungkin,
Untuk melupakan dirimu..,
Kerana..,
Aku Tidak Layak di Sisinya….


Mohamad Rizal Zainal.
26-5-09…

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Tinggalkan Link Anda Setelah Melawat Blog Ini. Terima Kasih.