Picture

Picture
Mohamad Rizal Zainal

Saturday, August 15, 2009

Saingan Liga Domestik Eropah Kini Bermula..

Start minggu ni saingan bola sepak eropah seperti EPL, La Liga, Serie A, dan liga lain akan memulakan kampen liga masing-masing.. Yang pasti, EPL dan La Liga pasti mendapat perhatian apabila kelab-kelab elit dalam liga tersebut membeli pemain-pemain yang terhebat pada masa kini..

Paling menarik semestinya tiga pasukan termahal dunia iaitu Real Madrid, Manchester City dan Manchester United.. Real Madrid (Galactico) bersama Presiden, Florentino Perez telah membawa masuk bintang terbaik dunia seperti Cristiano Ronaldo, Kaka, Xabi Alonso, dan Karim Benzema dengan nilai perpindahan termahal..

Namun sebuah kelab lagi iaitu Manchester City bersama Pengurusnya Mark Hughes, membawa masuk Kolo Toure, Emmanuel Adebayor, Carlos Tevez, Roque Santa Cruz, Stuart Taylor dan Gareth Barry..

Bagi Manchester United pula mereka hanya mendapatkan khidmat Michael Owen, Antonio Valencia dan Gabriel Obertan bagi memantapkan pasukan setelah mereka kehilangan khidmat Ronaldo dan Tevez..

Namun bagi kelab-kelab lain, walauun mereka gagal atau kehilangan pemain bitang mereka pastinya kelab-kelab terbabit akan mempamirkan aksi sebenar mereka setelah saingan liga bermula kelak..

Yang pasti di Liga Belanda, PSV, Ajax akan bersaing sesama sendiri begitu juga dengan Liga Scotloand, Celtic dan Glasco Rengers akan bersaing untuk kedudukan 1 & 2..

Bagi Serie A pula tumpuan kepada 4 pasukan teratas liga iaitu Juventus, AS Roma, AC Milan dan Inter Milan.. Inter mempunyai kelebihan dengan kehadiran Samuel Eto’o dan malang bagi Ac Milan, kerana kehilangan Kaka..

La Liga musim ini pasti menarik kerana mampukah Barcelona, Vilareal, dan Valencia menghalang Real Madrid daripada membolot semua piala domestic dan eropah musim ini.. Tapi yang pasti pasukan-pasukan ini yang akan menguasai La Liga musim ini..

Tapi yang paling mencuri perhatian sekali, pastinya EPL.. Adakah Chelsea ataupun Liverpool mampu menyekat kehebatan Manchester United daripada berkuasa di EPL..
Adakah pembelian pemain-pemain terbaik dunia oleh Manchester City mampu menggugat tradisi 4 pasukan terbaik EPL musim lepas.. Mampukah pemain muda, Arsenal ataupun Everton mahupun Spurs mampu mencabar musim ini..

Semuanya akan terjawab apabila musim saingan liga eropah bermula nanti..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Tinggalkan Link Anda Setelah Melawat Blog Ini. Terima Kasih.