Picture

Picture
Mohamad Rizal Zainal

Wednesday, August 19, 2009

ROKOK, DADAH, ARAK? BETUL KE HARAM?

Asalammulaikum,

Kali ni aku nak cerita sikit pasal rokok, dadah, arak.. Aku ada soalan bodoh nak tanya kat korang, betul ke benda-benda itu haram.. Ermm korang mesti tau jawapannya kan.. Takkan tak tau lagi kot... Takpe lah aku bagi tau jawapannya.. Ye, arak dan dadah memang haram.. Kenapa tak percaya lagi ke.. Dua benda itu memang tertulis kat dalam al-Quran. So jangan kita pertikaikan lagi. Tapi yang masalahnya sekarang rokok.. Rokok itu haram ke.. Baru-baru ini dalam satu Majlis Fatwa Kebangsaan yang diadakan pada Febuari 2009 telah memfatwakan rokok sebagai Haram.. Berikut antara petikan yang diucapkan oleh Mufti tersebut.

“Kami Majlis Fatwa Kebangsaan telah berbincang dan membuat keputusan, untuk menfatwakan rokok sebagai haram kerana ianya boleh merosakan badan dan ia juga sebagaimana keputusan kami memfatwakan bahawa yoga sebagai haram.”

(Teks ucapan itu aku ubah sikit supaya korang semua faham).

So korang dah tahukan apa hokum menghisap rokok sekarangkan. Tapi yang jadi persoalannya, kenapa rokok masih dijual secara terbuka.. Sebab satu je, sebab nak kaya..
Kerajaan pula kutip untung atas cukai rokok dan arak.. Ermm susah lah macam ini. Kalau macam itu memang payah lah nak haramkan rokok kat Malaysia ini. Kalau orang bukan islam yang hisap rokok aku tak kisah sangat, tapi antara bangsa yang paling ramai hisap rokok ialah orang melayu. Tak kira muda, tua, remaja, budak sekolah pun ada.. Aku bukan nak buruk-burukkan bangsa aku sendiri tapi susah lah nak bagi nasihat kat diorang itu.. Cuma satu je aku nak cakap kat bangsa-bangsa aku ini. Korang ye,ye cakap “BOIKOT BARANGAN YAHUDI” sambil tangan hisap rokok.. Kat tangan itu apa.. Bukan barang yahudi??

Aku bukan apa Cuma nak bagi nasihat kat korang yang hisap rokok supaya berhenti merokok.. Itu je, so aku arap korang tak marah lah apa aku kata. Itu baru ceriat rokok, belum dadah lagi.. Dadah tak yah lah cerita.. Orang melayu lagi POWER, tapi yang untung bangsa lain sebab diorang cuma jual je.. Yang hisap tak banyak.. Itu lah cerdiknya bangsa lain. Itu lah kekurangan kita yang diketogerikan “kurang cerdik”.
Arak pulak ermm.. nak tengok orang melayu beli pergi kat 7-Eleven.. Kompem ada orang melayu yang beli..

K lah malas aku nak cerita lebih-lebih.. Korang semua dah besar dan sepatutnya dah paham. So aku arap dan doakan korang semua dapat berhenti merokok dan jangan pernah belajar menghisap rokok kerana kandungan dalam sebatang rokok mempunyai banyak benda-benda beracun.. Benda apa?? Korang cari lah sendiri.. Cuma aku tertarik dengan ungkapan yang ustaz aku cakap:,

“daripada kita hisap rokok, dadah, arak atau berzina, lebih baik kita beli seekor babi, peluk dan makan babi itu.. sebab dosa yang kita buat (hisap rokok, dadah,arak dan zina) itu sama dengan dosa kita makan babi.. sebab makan babi berdosa sebab dia haram.. rokok, arak, zina pun haram dan berdosa besar.”
Nak berhenti daripada rokok, dadah dan arak susah?? Sapa kata susah.. Kalau kita ada usaha pasti boleh kecuali kita sering fikir TAK, TAK BOLEH, atau SUSAHLAH..
Jadi ingat lah ALLAH sentiasa melihat dan menguji kita semua.. Yang baik datang dari ALLAH, yang buruk selalunya datang dari kita…

Asalammulaikum…

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Tinggalkan Link Anda Setelah Melawat Blog Ini. Terima Kasih.