Picture

Picture
Mohamad Rizal Zainal

Tuesday, January 11, 2011

KHAIRUL FAHMI KE OLD TRAFORD???

Selasa,11-01-11



Salam kepada semua blogger dan pembaca,
Mesti anda terkejut dan hairankan mendengar berita Penjaga Gol No 1 Skuad Kebangsaan Khairul Fahmi akan ke Old Traford. Dari mana berita ini mula-mula tersebar sukar dikenal pasti, namun berita ini sudahpun mula tersebar di laman-laman blog, internet dan media masa. Bagi tuan punya badan pula, ia menafikan desas-desus perpindahannya dari Kelantan ke Old Traford. Bagi beliau, berita tersebut adalah gimik semata-mata yang ingin diperbesar-besarkan ceritanya setelah kejayaan beliau membantu Skuad Kebangsaan menjuarai Piala Suzuki AFF baru-baru ini.

Bagi aku, kalau pun Khairul Fahmi akan Ke Old Traford itu berita baik dan membanggakan kita semua rakyat Malaysia kerana bukan mudah pemain bola sepak tempatan dapat peluang bermain di liga luar apatah lagi ke EPL. Tak kisah lah dapat beraksi dalam skuad utama, simpanan ataupun hanya di akedemi sahaja itu pun sudah mencukupi bagai kami seluruh rakyat Malaysia. Sekiranya berita ini menjadi kenyataan pastinya rakyat Malaysia akan menyokon beliau dan Manchester United seratus peratus setiap kali pasukan tersebut turun bermain. Namun seandainya berita ini tidak menjadi kenyataan tidak apalah, yang penting kami tahu andalah seorang Penjaga Gol Negara yang Terbaik di antara yang Terbaik. Syabas Khairul Fhami, teruskan usaha anda mengharumkan nama anda, keluarga, kelab dan Negara kita Malaysia.

KEPADA SEMUA PUTRA-PUTRA HARIMAU MALAYA KAMI INGIN MENGUCAPKAN, TERIMA KASIH, TERIMA KASIH, TERIMA KASIH KERANA MENGHADIAHKAN PIALA KEAGUNGAN BOLA SEPAK ASIA TENGGARA, PIALA SUZUKI AFF KEPADA KAMI SELURUH RAKYAT MALAYSIA SEMPENA TAHUN BARU 2011. SEMOGA PASUKAN NEGARA AKAN LEBIH MAJU DAN BERJAYA SEHINGGA MANPU KE SUKAN OLIMPIK 2012 NANTI. INSYAALAH KAMI SENTIASA DOAKAN KEJAYAAN ANDA SEMUA, MANALAH TAHU KALAU ADA REZEKI JUMPA DI OLIMPIK LONDON 2012 NANTI..

LOVEMALAYSIA,,TANAH TUMPAH DARAKU…
Asalammulaikum,,,..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Tinggalkan Link Anda Setelah Melawat Blog Ini. Terima Kasih.