Picture

Picture
Mohamad Rizal Zainal

Saturday, January 29, 2011

SELANGOR TEWAS, MANCESTER UNITED MENANG, JEPUN JUARA

Salam kepada semua blogger..

erm cerita sport lagi lah. tak tau nak cerita apa le. erm aku nak cerita pasal Perlawanan Bola Sepak yang berlansung malam tadi. Ada empat Kejohanan yang berlansung malam tadi iaitu Final Piala Sumbangsih antara Selangor vs Kelantan, Liga Super Malaysia (MSL), Final Piala Asia Jepun vs Australia dan Pusinagan Ke-4 Piala FA English.

Mula2 aku nak cerita dulu pasal Final Piala Sumbangsih atau dikenali juga Piala Sultan Haji Ahmad Shah antara Selangor vs Kelantan yang berlansung di Stadium Shah Alam.



Keputusannya, Selangor 0 - Kelantan 2. So Selangor malam tadi malu besar kerana kalah di hadapan penyokong sendiri disamping gagal mempertahankan piala ini untuk kali ke-3 berturut2. Selangor yang juga Juara Bertahan layak ke Piala Sumbangsih ini atas Tiket Juara Liga Super menerima kunjungan Juara Piala Malaysia, Kelantan. Kedua2 pasukan memiliki beberapa orang pemain Kebangsaan yang menjulang Skuad Malaysia Menjuari Piala Suzuki AFF baru2 ini. Oleh itu perlawanan malam tadi merupakan perlawanan tumpuan untuk Pembuka Tirai Liga Malaysia pada Tahun 2011 keranan perlawanan tersebut pastinya sengit dan bakal menghiburkan. Namun ternyata jangkaan aku meleset kerana kedua2 pasukan menampilkan corak permainan yang agak membosankan. Tah lah bilalah kualiti permainan bola sepak Malaysia nak meningkat. Namun apapun Tahniah untuk Pasukan Kelantan kerana mencipta sejarah Menjuaria Piala sunmbangsih untuk kali Pertama.Dah malas nak cerita nak tau cerita lbih baca Kosmo ari ni. Nak baca link kat sini KOSMO

Untuk keputusan Liga Super klik link ini pulak LIGA SUPER

Cerita apasal Final Piala Asia pula, Tahniah untuk Jepun kerana menang keatas Australia (1-0) malam tadi. Ternyata kualiti permainan yang ditujukkan amat berkualiti. Nmaun gol yang terhasil hanya berlaku pada minit ke 109 (masa tambahan).
Jaringan Jepun dihasilkan oleh Tadanari Lee tersebut sudah cukup untuk membawa Samurai Blue menjulang Piala Asia dan mengukuhkan Pasukan Jepus selaku Pasuakan Terbaik Asia.



Korea Selatan pula menduduki tempat Ke-3 setelah menewaskan Uzbekistan (3-2) dalam perlawanan yang cukup dramatik. Tiga gol awal Korea sudah cukup membawa pasuakan mereka menduduki tempat Ke-3 Asia, meskipun Uzbekistan berjaya mendapatkan 2 gol lewat untuk pasukan mereka.
Untuk berita lanjut klik link ini PIALA ASIA

Cerita pasal Pusingan Ke-4 Piala FA English pula, Mancester United bangkit setelah ketinggalan 0-1 pada separuh masa pertama ketika bertandang ke Southampton untuk menang 2-1 bagi melayakkan Mancester United mara ke pusingan seterusnya. Jaringan Michael Owen dan Javier Hernandez cukup untuk membuatkan The Red Devils mara. Skrip malam tadi sama seperti perlawanan EPL Rabu lalu ketika Mancester United ketinggalan 0-2 kepada Blackpool dan bangkit 3 gol pada separuh masa Ke-2 untuk kemenangan mutlak Mancester United ke atas Blackpool 3-2 pada hari Rabu lepas.



Untuk keputusan penuh perlawanan pusingan Ke-4 Piala FA kilk link ini Round 4 FA

Sumber dari Kosmo dan ESPN

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Tinggalkan Link Anda Setelah Melawat Blog Ini. Terima Kasih.